Loceng Gangsa Purba Di Malaysia: Sumbangannya dalam Penyelidikan Peradaban Masyarakat Peribumi Purba

ADNAN JUSOH

Abstract


Idea utama kajian ini ialah untuk menukili beberapa fakta yang dapat memberi iktibar mengenai penggunaan artifak-artifak purba dalam merekonstruksi peradaban masyarakat peribumi. Bahan-bahan penelitian adalah terdiri daripada empat buah loceng gangsa yang dijumpai di Malaysia. Dalam aspek pentarikhan, pengkaji menggunakan kaedah Thermolunescence ke atas loceng gangsa yang ditemui di Kampung Penchu, Muar (Johor). Didapati loceng gangsa tersebut dicipta sekitar tahun 150 Masihi. Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah tipologi bagi meneliti aspek fizikal, meliputi bentuk dan motif ukiran, pada loceng- loceng gangsa tersebut. Didapati kesemua loceng tersebut adalah identikal. Sehubungan itu, loceng gangsa purba di Malaysia itu dianggap berasal dari tempat dan zaman yang sama. Kajian ini menyimpulkan loceng gangsa itu bukanlah produk masyarakat tempatan di negara ini, sebaliknya, merupakan bahan yang diimport dari luar. Ini kerana berasaskan analisis makmal didapati loceng gangsa itu diperbuat daripada bahan galian yang tidak wujud di negara ini. Sehubungan itu, dihujahkan bahawa loceng-loceng gangsa itu hadir di negara ini kerana dibawa dari luar ekoran daripada aktiviti perdagangan. Walau bagaimanapun, dijelaskan loceng gangsa purba di Malaysia itu tetap memberi sumbangan dalam penyelidikan peradaban, antaranya, ia dapat mengingatkan bahawa tidak semua peristiwa masa lampau menjadi peristiwa penting bagi masyarakat kini. Tidak semua jumpaan artifak purba mempunyai kaitan secara langsung peradaban masyarakat peribumi masa kini. Sebaliknya, sebahagian daripadanya hanyalah ‘tinggalan lama’ di sesebuah lokasi. Memang benar setiap perkara mempunyai sejarah termasuk seekor kuda yang mati. Walau bagaimanapun, kepentingannya daripada segi persejarahan hanya mengenainya, tidak semestinya berkait dengan pihak lain.

Kata Kunci: Pentarikhan, motif, aktiviti perdagangan, diimport dan paradoks.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.