Laporan Kajian Randai Warisan Masyarakat Minang Negeri Sembilan: Meneroka Perkembangan dan Taburannya

ABD. SAMAD BIN KECHOT

Abstract


Laporan penyelidikan ini merupakan sebahagian daripada hasil kajian pemetaan Negeri Sembilan yang dijalankan pada tahun 2008. Data dikutip melalui penyertaan dalam persembahan, temubual dan observasi lapangan. Didapati Randai di Negeri Sembilan bermula daripada sejarah kemasukan orang-orang Minang dari Sumatera Barat. Seterusnya, didapati terdapat beberapa buah agensi yang berperanan dalam pembangunan warisan seni Negeri Sembilan ini, antaranya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (ketika itu), Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Taburan aktiviti tarian Randai di Negeri Sembilan menunjukkan hanya beberapa kawasan yang giat mempersembahkan tarian ini. Hal ini disebabkan oleh kecenderungan atau minat golongan pelapis yang berbeza di daerah tersebut serta keseriusan pihak terbabit dalam memelihara Randai di kawasan masing-masing.

Kata kunci : Perkembangan randai, pembangunan warisan, falsafah randai, taburan penggiatnya, fungsi randai dan usaha pemeliharaan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.