Laporan Kajian Warisan Orang Kuala: Kajian Kes di Batu Pahat dan Pontian, Johor

YUSZAIDY MOHD YUSOFF, MOHAMAD NAZRI AHMA dan MOHAMED ANWAR OMAR DIN

Abstract


Laporan ini adalah hasil kajian kes di pertempatan Orang Kuala di daerah Batu Pahat dan Pontian, Johor. Aspek-aspek yang dikaji ialah latar belakang umum, asas jati diri, ciri petempatan dan seni persembahan suku-masyarakat berkenaan. Sebahagian besar data adalah dikutip secara langsung melalui temu ramah intensif dengan pemimpin pendapat masyarakat berkenaan di pertempatan-pertempatan tersebut. Didapati Orang Kuala adalah sebahagian daripada Orang Laut dari suku-masyarakat Orang Duano. Walaupun pihak kerajaan mengkategorikan mereka sebagai Orang Asli namun mereka menganggap mereka adalah suku-masyarakat Melayu. Cara hidup yang mereka amalkan telah mengalami perubahan masa namun warisan teras mereka iaitu penganutan agama Islam, bahasa dan budaya mereka masih berkekalan sehingga kini. Warisan itulah menjadikan mereka mempunyai jati diri tersendiri yang mirip kepada sifat kemelayuan dan membezakan mereka daripada Orang Laut lain dan Orang Asli.

Kata kunci: Orang Duano, Warisan, Pertempatan, Tarian Dangkung dan Perubahan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.