KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DAN KESAN TERHADAP STAF: SATU KAJIAN KES DI ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR

AB. SAMAD KECHOT, SHAHIDI A.H., RAHIM AMAN

Abstract


ABSTRAK

Makalah ini bertujuan meneliti proses komunikasi yang berlaku dalam organisasi seni dan sekali gus melihat komitmen dalam kalangan subordinat (tenaga kerja sokongan) di Istana Budaya Kuala Lumpur yang merupakan satu-satunya organisasi awam berasaskan produk seni persembahan. Kejayaan sesebuah organisasi termasuk organisasi seni seperti Istana Budaya Kuala Lumpur amat bergantung kepada komitmen ahlinya dalam menjayakan misi dan objektif organisasi manakala komitmen ahli organisasi pula secara langsung boleh diteliti melalui situasi komunikasi yang berlaku dalam mana-mana organisasi kompleks. Borang soal selidik dimanfaatkan sepenuhnya sebagai alat kajian. Seramai 100 orang subordinat selaku tenaga kerja di peringkat sokongan Istana Budaya Kuala Lumpur telah dipilih sebagai responden. Melalui teknik soal selidik berstruktur yang mengandungi 32 pernyataan dan data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar subordinat memberikan gambaran positif berkaitan proses komunikasi yang berlaku dalam organisasi Istana Budaya Kuala Lumpur sekali gus memberikan komitmen yang agak tinggi semasa melaksanakan tugas-tugas mereka. Keadaan ini membolehkan Istana Budaya Kuala Lumpur merealisasikan motto utamanya iaitu mementaskan seni persembahan tempatan bertaraf dunia di samping mementaskan beberapa siri seni persembahan lokal yang bersifat amatur.

Kata Kunci: Istana Budaya; komitmen; organisasi seni; proses komunikasi; seni persembahan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.