FRASA ADVERBA DALAM TUHFAT AL NAFIS

NASRUN ALIAS, NUR SHAFIQAH AMIRAH BINTI ABDULLAH

Abstract


ABSTRAK

Kajian tentang frasa adverba sering menjadi tumpuan ahli-ahli linguistik di Malaysia. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengahnya beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak mempunyai struktur adverba. Sesetengah yang lain pula beranggapan bahawa adverba wujud dalam bahasa Melayu tetapi dalam bentuk yang sangat terhad, dan yang lain pula bersetuju bahawa bahasa Melayu, seperti juga bahasa-bahasa lain, juga mempunyai struktur adverba. Kajian ini membincangkan kedudukan adverba dalam bahasa Melayu berdasarkan kitab Tuhfat Al Nafis. Dalam hal ini, adverba dibincangkan daripada segi ciri-cirinya dan strukturnya menggunakan data bahasa Melayu lama. Data dianalisis dengan menggunakan pendekatan struktural. Penggunaan teks lama dalam kajian linguistik masih tidak banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji bahasa, sama ada tempatan mahu pun antarabangsa. Dengan adanya kajian sebegini, diharap dapat menjelaskan hubungan bahasa Melayu abad ke-19 dengan bahasa Melayu yang digunakan pada hari ini. Dapatan kajian ini, telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah lama memanfaatkan penggunaan pelbagai frasa adverba. Ini secara tidak langsung menafikan pendapat yang mengatakan bahasa Melayu tidak mempunyai adverba, atau hanya terhad kepada bentuk kata adverba sahaja.

Kata kunci: Adverba, bahasa Melayu lama, sintaksis; struktural; Tuhfat Al Nafis


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.