NASIONALISME DALAM NOVEL PANGGIL AKU MELAJU

TENGKU INTAN MARLINA TENGKU MOHD ALI, MAWAR SAFEI, KAMARIAH KAMARUDIN, MAHARAM MAMAT

Abstract


ABSTRAK

Nasionalisme Melayu merujuk kepada kefahaman yang menjunjung tinggi rasa cintakan akan bangsa Melayu dan tanah air, iaitu Malaysia. Oleh yang demikian, bahasa sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan nasionalisme Melayu kerana bahasa Melayu turut menjadi simbol kepada akar budaya bangsa Melayu. Kajian ini menganalisis novel Panggil Aku Melaju (PAM) oleh Rahmat Haroun Hashim (2008) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini sesuai untuk dikaji dari sudut nasionalisme kerana novel ini mengandungi isu bahasa Melayu dan polemik Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Novel PAM jelas memaparkan permasalahan yang berlaku di negara kita terutama dalam bidang bahasa Melayu. Objektif kajian adalah untuk melihat sejauh manakah nasionalisme diungkapkan dalam novel PAM? Kajian ini menggunakan pendekatan melalui konsep nasionalisme dengan merujuk kepada Hans Kohn (1965), Sukarno (1988), Srijanti et. al (2009), dan Elie Kedourie (1966). Garapan novel ini banyak mengandungi semangat nasionalisme yang memperjuangkan kedudukan dan kepentingan bahasa Melayu di negara ini. Unsur-unsur psikologi digarapkan dengan berkesan dalam cerita sehingga menjadikan novel ini menarik dihuraikan dari sudut nasionalisme. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa unsur nasionalisme terungkap dalam novel PAM dengan semangat kecintaan terhadap bahasa Melayu. Unsur-unsur psikologi mempunyai lapisan makna yang berkaitan dengan nasionalisme.

Kata Kunci: Panggil Aku Melaju, Rahmat Haroun, nasionalisme, bahasa Melayu, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.