MANIFESTASI PERPADUAN DALAM ERA MALAYSIA BAHARU MELALUI KUMPULAN PANTUN WARISAN

MADIAWATI MAMAT@ MUSTAFFA, NURHAMIZAH HASHIM, EIZAH MAT HUSSAIN

Abstract


ABSTRAK

Perpaduan merupakan penyatuan yang utuh dalam membentuk sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Perpaduan juga merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kepada kemajuan sesebuah negara Konsep ini penting dalam membina Malaysia Baharu yang sering diperkatakan pada hari ini. Dalam konteks Malaysia Baharu pelbagai kaum ingin memperjuangkan hak masing-masing, namun perlu diingatkan bahawa perpaduan antara kaum yang telah dijaga selama ini tidak pernah sama sekali tercalar akibat kehendak masing-masing. Justeru itu, perpaduan antara kaum perlu dipelihara dan diamalkan supaya Malaysia baharu yang dibentuk sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur. Dalam konteks ini, warisan Melayu seperti pantun banyak mendokumentasikan tentang kehidupan masyarakat dahulu yang juga masih boleh diterima pakai pada hari ini dalam membina sebuah negara yang makmur. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengenal pasti dan membincangkan pantun-pantun perpaduan yang terdapat dalam buku Kumpulan Pantun Warisan bagi mengungkap kembali kaedah masyarakat kita mengekalkan perpaduan pada suatu masa dahulu. Kajian ini akan menggunakan kaedah analisis data bagi meneliti pantun-pantun yang berunsurkan perpaduan dalam Kumpulan Pantun Warisan Khazanah Budaya Bangsa (2013). Hasil kajian mendapati bahawa warisan atau khazanah Melayu dahulu mengandungi aspirasi yang jelas dan merentas zaman dalam memelihara nilai perpaduan. Melalui Pantun, masyarakat menyampaikan nasihat berunsur perpaduan dari pelbagai aspek, antaranya hormati-menghormati, menghormati jiran, budi bahasa, kerjasama,gotong-royong,muafakat,tolong-menolong,bertolak ansur antara satu sama lain dan bersatu padu.  Sekali gus ini dapat menggambarkan aspirasi Pengajian dunia Melayu dalam membentuk kesejahteraan dalam Malaysia lama ataupun Malaysia baharu

Kata kunci: Perpaduan; aset negara; Pantun Warisan; Malaysia baharu; berbilang kaum


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.