EVOLUSI WATAK MAKHLUK CIPTAAN FRANKENSTEIN SEBAGAI METAFORA PENERIMAAN ASPEK PANTANG LARANG OLEH MASYARAKAT KONTEMPORARI

AHMAD MUHYIDDIN B YUSOF, MOHD NAQIUDDIN BIN ZULKARNAIN, NAZIRUL MUBIN BIN MOHD NOOR, AIRIL HAIMI MOHD ADNAN

Abstract


ABSTRAK

Makhluk ciptaan Frankenstein sentiasa menjadi salah satu daripada watak yang ditakuti dan dipinggirkan masyarakat dalam banyak filem seram yang telah dihasilkan. Penciptaannya digambarkan sebagai satu cara mencabar kuasa Tuhan. Sejak ianya mula dicipta, makhluk tersebut telah menjadi satu lambang dosa, penderhakaan, kegagalan, dan pantang larang dalam banyak karya sastera. Telah bertahun lamanya watak makhluk ciptaan Frankenstein diadaptasi dalam banyak filem. Pada masa yang sama, kriteria dan perwatakan makhluk tersebut juga telah diubah daripada watak yang menjijikkan ramai kepada watak yang lebih menyenangkan umum. Dalam mengenal pasti kesahihan perkara tersebut, tiga watak yang mewakili makhluk ciptaan Frankenstein daripada korpus yang berbeza telah dianalisis dengan menggunakan konsep Entextualization, salah satu daripada cabang disiplin di bawah Comparative Literature atau dikenali sebagai Kesusasteraan Perbandingan. Makhluk yang pertama diambil daripada buku karangan Mary Shelley yang bertajuk ‘Frankenstein’, diikuti oleh makhluk ciptaan Frankenstein daripada filem Van Helsing, dan akhir sekali daripada satu rangkaian anime Jepun, Soul Eater. Dengan menggunakan Entextualization, hasil penemuan menunjukkan bahawa kriteria dan perwatakan asal makhluk ciptaan Frankenstein yang ditakuti serta dipinggirkan masyarakat telah diubahsuai menjadi watak yang lebih menyenangkan ramai, bersifat gagah berani dan diberi peranan yang penting. Peralihan tersebut dianggap amat penting kerana ianyan dapat disimpulkan sebagai satu cerminan corak sosial dalam aspek penerimaan masyarakat social terhadap sesuatu yang dianggap sebagai pantang larang yang tidak boleh dilanggar sama sekali. Kesusasteraan Perbandingan juga digunapakai bagi menampakkan lagi persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam korpus yang telah dipilih. Kajian ini dikenalpasti telah menyumbang kepada perkembangan kajian genre seram secara khusus dan kajian sosial secara umumnya.

Kata Kunci: Isu-isu; pantang larang; masyarakat; refleksi; Frankenstein’s monster


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.