DAKWAH MELALUI PENULISAN PUISI MELAYU: ANALISIS TERHADAP KARYA ABHAM T.R

NORAINI MOHAMAD, MARIAM ABDUL MAJID

Abstract


ABSTRAK

 

Penulisan ini membincangkan mengenai dakwah dalam penulisan puisi Melayu yang berorientasikan sajak. Karya Abham T.R. dipilih untuk dianalisis kerana puisi yang dihasilkan mempunyai pengaruhnya yang tersendiri kepada pembaca dengan penghasilan sajak yang berbentuk islamik yang menjadi satu mekanisme dakwah secara kreatif dan bersahaja. Penulisan ini bertujuan menganalisis aspek dakwah melalui bahasa yang digunakan dalam rangkap-rangkap sajak yang dihasilkan. Hasil analisis terhadap sajak yang dihasilkan menunjukkan, pena yang dilakarkan dalam sajak tersebut merujuk kepada seruan kepada kebaikan dan mengajak masyarakat untuk kembali dekat kepada Allah SWT. Ayat-ayat pujukan, seruan, sindiran dan penerangan menunjukkan satu olahan bahasa yang menarik dan sampai ke hati pembaca, malah mampu membangkitkan kesedaran untuk hidup secara bertuhan. Skop yang disentuh juga merangkumi semua ruang lingkup kehidupan bermula dengan aspek akidah, syariat dan akhlak.

 

Kata kunci : dakwah; penulisan; puisi Melayu; karya; Abham T.R.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.