SUMBANGAN TOK GURU HAJI ABBAS DALAM PENUBUHAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

SITI ZALEHA IBRAHIM, PHAYILAH YAMA, MOHD FAISAL MOHAMED

Abstract


ABSTRAK

 

Penulisan ini mengkaji latar belakang tokoh ulama Melayu yang bernama Tok Guru Haji Abbas. Beliau merupakan perintis salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Terengganu. Beliau telah menubuhkan Pondok Tok Jiring pada tahun 1953 dan kini pondok tersebut telah dinaiktaraf menjadi salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan terkenal di negeri Terenggganu. Sekolah yang dimaksudkan ialah SMKA Dato’ Haji Abbas. Kajian ini membincangkan sumbangan tokoh dalam bidang pendidikan. Kajian menggunakan satu metode yang utama iaitu kajian kepustakaan bagi mendapatkan latar belakang tokoh, pendidikan beliau dan sumbangannya dalam bidang pendidikan di Terengganu. Selain itu, kajian turut mengenalpasti mereka yang pernah berguru dengan tokoh. Hasil kajian mendapati bahawa Tok Guru Haji Abbas bukan sahaja perintis kepada Pondok Tok Jiring malahan turut mengasaskan beberapa tempat belajar di Terengganu dan Kelantan di samping menghasilkan beberapa karya ilmiah.

 

Kata kunci: Melayu; perintis; SMKA Dato’ Haji Abbas; Terengganu; Tok Guru Haji Abbas.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.