TOLERANSI ORANG MELAYU MENGHARMONIKAN PEMAJMUKAN KAUM DI MALAYSIA

AYU NOR AZILAH MOHAMAD, MOHAMED ALI HANIFFA, WAYU NOR ASIKIN MOHAMAD

Abstract


ABSTRAK

 

Artikel ini membincangkan tentang sifat toleransi orang Melayu yang mengharmonikan pemajmukan dalam pembinaan tamadun Melayu di Malaysia. Objektif kajian ialah untuk melihat beberapa perkara yang menyerlahkan sifat toleransi orang Melayu dalam memberi, menerima dan berkongsi tanah air dengan masyarakat lain khususnya bersama orang Cina serta orang India. Antara perkara yang difokuskan dalam pembinaan hubungan masyarakat majmuk di Malaysia ialah berkaitan dengan tuntutan politik dan parti Perikatan, pengiktirafan taraf kewarganegaraan dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kupasan tentang perkara ini akan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan pendekatan sejarah. Hasil kajian mendapati bahawa toleransi orang Melayu berjaya mewujudkan masyarakat majmuk, mengharmonikan hubungan antara pelbagai etnik dan mensejahterakan kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Sejarah ini penting untuk diketahui dan dihargai oleh warganegara demi merancakkan pembangunan ekonomi serta menstabilkan politik Malaysia hari ini dan akan datang.

 

Kata kunci: sifat; toleransi; Melayu; harmoni; Malaysia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.