MELAYU DAN KRITIKAN: ANALISIS KESANTUNAN MENTOR 7

INDIRAWATI ZAHID

Abstract


ABSTRAK

 

Kritikan sering kali disinonimkan dengan kecaman. Kecaman akan menimbulkan rasa aib dalam budaya Melayu sementara memberi aib dilarang sama sekali. Dalam kasus Mentor, terdapat satu sesi kritikan yang bukan sahaja bertujuan memberitahu kelemahan protégé, sebaliknya kelebihan juga diperkatakan. Kritikan boleh disampaikan dengan pelbagai strategi. Sehubungan itu dengan mengaplikasi teori Brown dan Levinson (1987), mesej kritikan dalam Mentor 7, minggu kelima dianalisis. Rancangan ini melibatkan tujuh protégé dan dua orang juri tetap (JT). Keseluruhan jumlah data ujaran dikelompokkan kepada tujuh konteks perbualan. Analisis yang dilakukan mempunyai dua objektif, iaitu mengklasifikasikan strategi kesantunan dan membincangkan penggunaan strategi kesantunan yang digunakan. Antara metod yang diguna pakai ialah muat turun, transkripsi dan analisis teks. Dapatan analisis memperlihatkan, kedua-dua juri mengaplikasi strategi berekod tanpa penyesuaian (BTP), berekod kesantunan positif (BPKP) serta kesantunan negatif (BPKN) dan tanpa rekod (TR).  BTP dalam kasus Mentor didapati tidak mengakibatkan ancaman muka kerana faktor format rancangan Mentor dan peranan juri. Sementara itu, hanya terdapat satu TR yang diaplikasi kerana salah seorang juri telah secara umum menyelitkan kritikannya untuk semua mentor yang terlibat dalam satu sesi kritikan seorang protégé. Kesimpulannya, kritikan boleh disampaikan dengan pelbagai strategi dan sekiranya masih diragui akan impak ancaman muka, teknik Sandwich (Davies & Jacob, 1985) boleh diaplikasikan.

 

Kata kunci: kesantunan; kritikan; juri; Melayu; protégé.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.