“NOVEL TARBIAH” GALERI ILMU SDN. BHD.: SATU ANALISIS TEKS TERHADAP NOVEL ANDAI BAVARIA TAKDIRKU

NURSUHADA MD ARIFIN, MOHD. ZARIAT ABDUL RANI, KAMARIAH KAMARUDIN, MUHD ZULKIFLI ISMAIL

Abstract


ABSTRAK

 

Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (GISB) menerbitkan novel-novel bawah siri “Novel Tarbiah” (yang terangkum bawahnya “Novel Tarbiah Remaja” dan “Novel Tarbiah Dewasa”) dengan kriteria tertentu, yang disebut dalam artikel ini sebagai kriteria “Novel Tarbiah GISB”. Artikel ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana novel yang terbit bawah siri “Novel Tarbiah” memanifestasikan kriteria “Novel Tarbiah GISB”. Untuk mencapai tujuan tersebut, artikel ini menganalisis novel Andai Bavaria Takdirku (2011) karya Nurulsham Saidin dan Nieda Lienke terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., yang diterbitkan di bawah siri “Novel Tarbiah Dewasa”. Kajian ini mengguna pakai metode penyelidikan Kualitatif, khususnya analisis teks yang menerapkan kriteria “Novel Tarbiah GISB” sebagai kerangka analisis. Hasil analisis mendapati bahawa novel yang dikaji menggarap cerita tentang kecekalan wanita dengan mesej-mesej keislaman. Novel yang dikaji juga menampilkan watak protagonis yang kuat pegangan agama dan cekal dalam mengharungi kehidupan. Dengan penemuan-penemuan di atas, kajian ini merumuskan bahawa Andai Bavaria Takdirku memanifestasikan dua kriteria “Novel Tarbiah” yang digariskan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., iaitu mesej-mesej yang menonjolkan nilai-nilai Islam, dan watak protagonis yang bersifat “mendidik” (tarbawi).

 

Kata kunci: kesusasteraan Melayu; novel islami; ‘Novel Tarbiah’; Galeri Ilmu Sdn. Bhd.; Andai Bavaria Takdirku.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.