CINTA: KOMUNIKASI EMOSI WANITA DALAM NOVEL CHINA DAN MELAYU

CHEN NAN FEI, MAWAR SAFEI

Abstract


Umumnya, pengarang wanita banyak mengajukan tema cinta dengan menampilkan watak wanita sebagai protagonis dalam novel mereka. Kajian ini melihat cinta sebagai wadah komunikasi emosi wanita dalam novel Eileen Chang dan Zaharah Nawawi. Analisis kajian ini memanfaatkan kerangka teori Tiga Segi Cinta yang diajukan Robert J. Sternberg (1984). Kajian dilakukan secara bandingan antara mereka; seorang dari kesusasteraan China dan seorang dari kesusasteraan Melayu Malaysia. Taksonomi cinta itu dalam novel kajian oleh dua orang pengarang tersebut pula, mempertimbangkan tiga komponen, iaitu keintiman, nafsu dan keputusan/komitmen. Novel yang ditumpukan dalam analisis ini adalah Love in a Fallen City oleh Eileen Chang, sementara Jalur Sinar di Celah Daun oleh Zaharah Nawawi. Ditemui cinta romantik dan cinta kosong dalam Love in a Fallen City dan cinta sempurna dalam Jalur Sinar di Celah Daun. Kajian ini juga cuba mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan tiga taksonomi cinta, iaitu tradisi budaya China dan Melayu, keakuran Islam, sejarah negara dan bangsa, konflik sosial serta latar belakang pengarang. Tulisan ini juga mengesani beberapa peralatan atau teknik penulisan yang digembleng pengarang untuk membahaskan taksonomi cinta dalam novel-novel mereka, antaranya iaitu menerusi arus kesedaran, simbolisme, epistolari dan pewarnaan setempat. Rata-rata latar belakang pengarang banyak mempengaruhi teknik yang digunakan untuk mengutarakan fenomena hubungan cinta dan wanita dalam novel-novel Eileen Chang dan Zaharah Nawawi.

Kata kunci: cinta; novel; Eileen Chang; Zaharah Nawawi; Robert J. Sternberg


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.