KEBITARAAN PENGAJIAN MELAYU DI JABATAN KESENIAN MELAYU: INTEGRASI DISIPLIN ILMU TEKNOLOGI PERKOMPUTERAN

NUR YUHANIS MOHD NASIR, NORAZLIN HAMIDON

Abstract


Jabatan Kesenian Melayu digabungkan bersama Jabatan Sosiobudaya di Akademi Pengajian Melayu (APM). Bagi Program Ijazah Dasar, Jabatan Kesenian Melayu menawarkan lebih daripada 40 kursus, merangkumi pelbagai disiplin ilmu berkaitan kesenian, antaranya asas seni, pengurusan seni, seni visual, seni persembahan, seni muzik dan pengajaran seni. Kesedaran terhadap peri pentingnya untuk terus memartabatkan pengetahuan kesenian Melayu yang bersifat tradisional dan pada masa sama menerima perubahan zaman, pihak Jabatan Kesenian Melayu dengan sokongan daripada pengurusan APM sentiasa mengemas kini kandungan kursus serta mengambil pendekatan untuk menyesuaikan kursus-kursus yang ditawarkan agar relevan dengan pasaran kontemporari demi memastikan graduan Pengajian Melayu (Kesenian Melayu) mempunyai daya pasaran yang baik usai pengajian. Melihat kepada keadaan semasa secara global yang amat mementingkan teknologi komputer, Jabatan Kesenian Melayu turut menawarkan beberapa kursus yang berkaitan dengan ilmu perkomputeran. Kursus Animasi Kesenian Melayu dan kursus Dokumentasi Digital Kesenian Melayu memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas pembikinan animasi dan video. Kertas kerja ini membincangkan kepentingan penawaran kursus tersebut yang mengintegrasikan ilmu teknologi perkomputeran, secara lebih khusus merujuk kepada teknologi multimedia kepada para pelajar jurusan Pengajian Melayu di Jabatan Kesenian Melayu dengan meneliti buku panduan serta proforma kursus dan kupasan terhadap isu berkaitan.

Kata kunci: Akademi Pengajian Melayu; integrasi disiplin; Jabatan Kesenian Melayu; pengajian Melayu; teknologi komputer


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.