KESILAPAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJARPELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN YUNNAN DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

SALINAH JAAFAR, ROHAIDAH HARON

Abstract


Akademi Pengajian Melayu merupakan antara fakulti yang banyak menerima kemasukan pelajar asing dari negara China yang ingin mempelajari bahasa Melayu dan mendapatkan ijazah dalam bidang Pengajian Melayu. Pendaftaran pelajar-pelajar China bagi kursus bahasa Melayu dan kursus-kursus lain di Akademi Pengajian Melayu (APM) telah menjadi satu fenomena yang tidak asing lagi di Universiti Malaya dan di Malaysia. Melalui perjanjian MOA dan MOU yang ditandatangani oleh Universiti Malaya dan universiti-universiti yang terlibat dari negara China, jumlah pelajar yang dihantar ke Akademi Pengajian Melayu semakin meningkat setiap tahun. Pelajar-pelajar ini hanya mempunyai kelayakan asas dalam bahasa Melayu dan hal ini menjadi satu cabaran kepada tenaga pengajar dan struktur kursus yang ditawarkan. Penguasaan bahasa Melayu yang asas sering menjadi masalah dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan pelajar. Kajian ini akan meneliti aspek kesilapan bahasa dalam kalangan pelajarpelajar Yunnan University of Nationalities (YUN), China, khususnya dari aspek morfologi, sintaksis dan mekanikal. Sehubungan itu, kajian ini memanfaatkan skrip jawapan peperiksaan akhir para pelajar YUN sebagai bahan kajian. Makalah ini turut mengemukakan saranan dan cadangan untuk membantu pelajar asing mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka.

Kata kunci: bahasa Melayu; analisis kesilapan; morfologi; sintaksis; mekanikal


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.