VARIAN MELANAU SARAWAK: TINJAUAN DI MELANAU MUKAH

NORFAZILA AB. HAMID, RAHIM AMAN

Abstract


Makalah ini membicarakan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Mukah (VM MKH). Objektif makalah ini adalah untuk menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM MKH terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, makalah ini bertujuan memberi tumpuan kepada aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VM MKH dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong dan mengidentifikasi keberadaan alternasi dalam VM MKH. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif makalah ini ialah pendekatan struktural. Dapatan yang dilaporkan dalam makalah ini adalah VM MKH mempunyai 21 fonem  konsonan yang terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, ʔ/, dua konsonan letusan /tʃ, dʒ/, empat konsonan geseran /s, ç, ɣ, h/, empat konsonan nasal /m, n, ɲ,ŋ/ satu konsonan getaran /r/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/, 6 fonem vokal iaitu /i, u, e, o, ə, a/ dan memiliki lima diftong iaitu /-oj, -aw, -aj, -ej, -uj/. Selain mengemukakan penerangan bagi VM MKH secara khusus, makalah ini memperluaskan korpus ilmu tentang VM secara umum.

Kata kunci: fonologi; struktural; Melanau Mukah; fonem; penyebaran


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.