ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

FARAH NUR A.HAMID, MASLIDA YUSOF

Abstract


Kajian ini meneliti aspek komunikasi lisan bentuk arahan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Arahan merupakan sebahagian daripada komunikasi lisan guru bersama murid di dalam kelas semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Kejelasan dan kesesuaian nada arahan guru amatlah penting untuk guru mengawal kelas serta dapat menyampaikan isi pelajaran kepada murid dengan berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengenal pasti nada arahan guru dengan membandingkan bahagian-bahagian yang mengalami penekanan atau fokus ketika ujaran arahan diberikan kepada murid. Responden kajian terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan, Batu Pahat, Johor. Kajian ini juga melibatkan seramai 6 orang guru yang mengajar subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam. Secara tidak langsung, makalah ini memperjelaskan hubungan komunikasi lisan terhadap penyampaian arahan dengan makna arahan yang disampaikan guru. Pengumpulan data dilakukan dengan merakam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan ujaran arahan yang tepat. Sistem praat digunakan untuk menentukan penekanan arahan guru. Analisis data rakaman juga berpandukan model struktur fokus Van Valin (2005) yang melibatkan fokus ayat, fokus predikat dan fokus sempit. Hasil kajian menunjukkan guru menggunakan teknik struktur fokus iaitu fokus ayat, fokus predikat dan fokus sempit dalam penyampaian arahan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: intonasi; struktur fokus; arahan guru; sistem praat; Van Valin


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.