PEMILIHAN NARATIF PERISTIWA DAN WATAK MENERUSI KONSEP TAKDIR DALAM NOVEL TAQDIR KARYA RAHMAN HAJI YUSOF

NORAZIMAH ZAKARIA, MAZARUL HASAN BIN MOHAMAD HANAPI, ROHAYATI JUNAIDI, NOR ANITA MAT ISA, MARDIAH MAWAR KEMBAREN

Abstract


Kajian ini menganalisis konsep takdir dalam naratif peristiwa dan watak menerusi novel Taqdir karya Rahman Haji Yusof. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti bagaimana elemen takdir diungkapkan sebagai medium dakwah kepada masyarakat. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah analisis teks secara deskriptif yang bersandarkan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang, khususnya menerusi Pengkaedahan Keagamaan iaitu pendekatan dakwah. Hasil analisis mendapati bahawa pengarang menggunakan pelbagai peristiwa takdir yang merangkumi aspek usia dan ajal, pesanan kehidupan, perubahan hidup dan rezeki, perkahwinan (jodoh), serta aturan alam semesta sebagai saluran untuk berdakwah. Kesimpulannya, karya sastera ini merupakan sarana yang berkesan untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan serta mentarbiah jiwa masyarakat agar berlapang dada menerima ketentuan takdir dan membina kehidupan berlandaskan syariat Islam.

Kata Kunci: Teori Pengkaedahan Melayu; takdir; dakwah; sastera; jiwa

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.