DARIPADA “SANGKAL” KEPADA “PUTUNG”: MAKNA ISTILAH PERUBATAN MELAYU-JAWA DARI PERSPEKTIF LEKSIKOGRAFI DAN SEMANTIK BUDAYA

NURAMMAR SALIHIN NOORDIN, MUAMMAR GHADDAFI HANAFIAH

Abstract


Istilah perubatan tradisional bukan sekadar label bagi penyakit atau kaedah rawatan, tetapi turut menyimpan jejak bahasa, pengalaman tubuh dan memori budaya sesebuah komuniti. Makalah ini menelusuri lapisan makna kata “sangkal” dan “putung” serta menjelaskan bagaimana gabungan Sangkal Putung berfungsi sebagai istilah khusus dalam tradisi perubatan Melayu-Jawa. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, leksikografi dan semantik budaya dengan membandingkan sumber bahasa Melayu dan Jawa serta literatur berkaitan perubatan tradisional dan migrasi masyarakat Jawa ke Johor. Analisis menunjukkan bahawa “putung” mempunyai hubungan leksikal yang relatif jelas dengan keadaan patah, putus atau ketakterusan, termasuk penggunaan yang berkaitan dengan tulang, manakala “sangkal” memperlihatkan polisemi yang lebih kompleks dan tidak boleh secara langsung disamakan dengan makna “membetulkan” berdasarkan bahasa Melayu standard semasa. Gabungan Sangkal Putung lebih sesuai difahami sebagai unit yang telah mengalami pengkhususan dan leksikalisasi dalam domain etnoperubatan. Perbincangan turut menunjukkan bahawa perpindahan istilah melalui jaringan Melayu-Jawa boleh mengekalkan nama khusus walaupun makna unsur pembentuknya berubah atau menjadi kurang telus kepada generasi kemudian. Kajian ini menegaskan kepentingan membezakan bukti leksikal, tafsiran budaya dan makna khusus amalan agar etimologi rakyat tidak dipersembahkan sebagai fakta sejarah. Pendekatan ini menyumbang kepada dokumentasi warisan linguistik dan pengetahuan perubatan tradisional Melayu-Jawa secara lebih teliti.

Kata kunci: linguistik budaya; Melayu-Jawa; perubatan tradisional; Sangkal Putung; semantik


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.