NILAI-NILAI MURNI DALAM TEKS HIMPUNAN CERITA RAKYAT SELURUH JAJAHAN KELANTAN BERDASARKAN TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU
Abstract
Cerita rakyat ialah sumber sastera lisan yang kaya dengan kisah-kisah yang penuh dengan pengajaran yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu. Cerita rakyat disampaikan sebagai gambaran budaya, prinsip hidup, dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu sendiri. Namun begitu, budaya dominan kontemporari seperti media sosial, penfileman, dan permainan video telah menyebabkan cerita rakyat kian dilupakan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak penyelidikan tentang cerita rakyat telah menunjukkan bahawa nilai moral seperti kejujuran, hormat-menghormati, keberanian dan nilai lain boleh membentuk keperibadian seseorang. Oleh hal demikian, antara matlamat kajian ini adalah untuk menentukan serta menilai prinsip moral yang terdapat dalam teks Himpunan Cerita Rakyat Seluruh Jajahan Kelantan dengan melihatnya dari perspektif pembentukan nilai keperibadian masyarakat. Kajian ini turut melihat nilai moral dalam cerita rakyat di beberapa daerah di negeri Kelantan yang telah dipilih oleh masyarakat Melayu untuk dikaji. Untuk menghuraikan analisis kajian dengan lebih berkesan, pendekatan deduktif kajian ini digunakan dalam Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu Pendekatan Alamiah. Selain itu, kaedah kajian berasaskan pendekatan kualitatif digunakan bagi mendapatkan maklumat data yang lebih terperinci dan sahih, iaitu kaedah kepustakaan dan analisis teks digunakan. Tuntasnya, penyelidikan ini menunjukkan bahawa cerita rakyat Melayu Kelantan bukan sekadar hiburan, malah ia juga menyampaikan nilai moral yang boleh menyumbang kepada nilai peribadi orang Melayu.
Kata kunci: Cerita Rakyat; Kesusasteraan; Nilai-nilai Murni; Teori Pengkaedahan Melayu; Teks Himpunan Cerita Rakyat Seluruh Jajahan Kelantan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.