INVENTORI DAN PENYEBARAN FONEM VARIAN MELANAU DARO DI SARAWAK

NORFAZILA AB. HAMID

Abstract


Makalah ini membicarakan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Pulau Borneo Sarawak iaitu varian Melanau Daro (VM DO). Objektif kajian dalam makalah ini ialah menganalisis aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM DO terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VM DO dengan memaparkan distribusi bunyi vokal, diftong dan konsonan dan melihat keberadaan alternasi dalam VM DO ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VM DO mempunyai 6 fonem vokal iaitu /i, u, e, o, «, a/ dan memiliki tiga diftong iaitu /-oj, -aw, -aj/ yang dibunyikan sebagai [-oj, -aw, -aj]. Seterusnya, VM DO mempunyai 20 fonem konsonan; tujuh buah konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, //, dua konsonan letusan / tS, dZ/, tiga konsonan geseran /s, Ä, h/, empat konsonan nasal /m, n, ø, N/ satu konsonan getaran /r/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Berkaitan dengan rangkap konsonan (gugus konsonan), VM ini turut memperlihatkan wujudnya enam jenis rangkap konsonan iaitu bukan homorganik nasal /-Äs-, -hl-, dan -Äb-/ dan homorganik nasal pada posisi tengah kata. Pada posisi ini, rangkap homorganik nasal ini wujud dalam bentuk nasal + letupan dengan membentuk konstruksi seperti berikut; /-Nk-, -Ng- dan -nt-/. Penemuan ini menambah pemahaman sistem bunyi Melanau khususnya VM DO dan menyumbang kepada kajian dialektologi dan tipologi fonologi Austronesia.

 

Kata kunci: Distribusi; fonologi; fonem; Melanau Daro; Sarawak

 

 

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.