HUKUM KANUN PAHANG SEBAGAI ARKIB PERADABAN KELAUTAN ALAM MELAYU
Abstract
Artikel ini menilai Hukum Kanun Pahang (HKP) sebagai arkib peradaban kelautan Alam Melayu. Berasaskan premis bahawa undang-undang bertulis berfungsi sebagai rekod normatif struktur sosial, ekonomi dan politik, artikel ini berhujah bahawa HKP ialah sumber dalaman yang membuktikan wujudnya kehidupan berorientasikan laut di Pahang. Permasalahan yang ditangani ialah kecenderungan historiografi bergantung kepada sumber luaran sehingga mengabaikan sumber undang-undang tempatan. Objektifnya kajian ini untuk menjelaskan rasional HKP sebagai arkib normatif kelautan, mengenal pasti dimensi ekonomi, governan dan hubungan luar dalam HKP, dan menilai implikasi terhadap historiografi Alam Melayu. Metodologi bersifat kualitatif interpretatif melalui analisis teks dan sintesis tematik menggunakan edisi diselenggarakan oleh Yaakub Isa (Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2003) sebagai teks utama. Dapatan menunjukkan pertama, peraturan muʿāmalah dan denda yang menandakan struktur perdagangan berulang. Kedua, hierarki autoriti serta penguatkuasaan sebagai syarat kestabilan mobiliti maritim dan ketiga, norma hubungan luar yang serasi dengan jaringan serantau. Implikasi kajian menegaskan undang-undang sebagai arkib dalaman tamadun maritim, keperluan menilai semula kedudukan Pahang dalam ekonomi laut serantau, dan sumbangan kepada wacana pasca kolonial melalui pemerkasaan sumber dan kategori pemikiran Islam. Kesimpulannya, HKP wajar dibaca sebagai arkib peradaban kelautan Islam yang mengesahkan kematangan epistemologi, institusional dan sosial masyarakat Melayu-Islam Pahang.
Kata kunci: Alam Melayu; Arkib Peradaban; Hukum Kanun Pahang; Kelautan; Undang-Undang Islam.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.