BAHASA KIASAN DALAM LIRIK LAGU RAHSIA TUHAN: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF

MUSAAB MUSTAPHA, NURUL JAMILAH ROSLY

Abstract


Lagu merupakan seni karya yang melambangkan identiti budaya dan kehidupan masyarakat. Seni karya ini mempunyai pelbagai genre termasuk genre indie yang kian mendapat perhatian di Malaysia kerana menggunakan bahasa kiasan sebagai wadah penyampaian falsafah dan nasihat kepada khalayak. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan ungkapan bahasa kiasan di dalam lirik lagu Rahsia Tuhan berdasarkan semantik inkuisitif. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui penganalisisan ungkapan kiasan dalam lirik lagu Rahsia Tuhan melalui Rangka Rujuk Silang (RRS), yang merujuk silang dalam ayat-ayat yang tidak mempunyai anteseden untuk mencungkil akal budi secara mendalam. Hasil kajian mendapati lirik lagu Rahsia Tuhan kaya dengan nasihat dan teguran yang berkaitan unsur ketuhanan, kekeluargaan, kehidupan, dan kesunyian. Falsafah yang terkandung dalam tujuh ungkapan bahasa kiasan tersebut adalah merangkumi pengajaran, nasihat, dan nasihat kepada masyarakat agar menjaga hubungan antara Tuhan, sesama manusia serta kesihatan mental demi kesejahteraan hidup. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan keberkesanan pendekatan semantik inkuisitif dalam merungkai lapisan makna dan falsafah pengarang secara sistematik. Selain menyumbang kepada bidang ilmu, kajian ini menyerlahkan potensi muzik genre indie sebagai medium penyampaian nilai akal budi Melayu kontemporari.

Kata kunci: Bahasa Kiasan; Falsafah; Semantik Inkuisitif; Akal Budi; Lirik Lagu.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.