GAGASAN JAKIM DALAM PELAKSANAAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI DI MALAYSIA (JAKIM Vision in Implementing Islam Hadhari Approach in Malaysia)

Wan Mohamad Dato' sheikh Abdul Aziz

Abstract


Kpimpinan negara yang diterajui oleh YAb Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad badawitelah memperkenalkan suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadharipada tahun 2004. Pendekatan ini merupakan satu usaha yang amat penting untuk umat Islam khususnya memahami dan menghayati Islam sebagai sistem kehidupan menyeluruh dan menjadi pembina tamadun. Ini kerana Islam bukanlah agama ritual semata-mata sebaliknya Islam mestilah dihayati sebagai satu sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi. Hanya dengan cara ini Islam akan dapat dihadirkan bersama-sama setiap aspek kehidupan kita dan bukan pada amalan dan aktiviti tertentu sahaja.

     justeru itu, pendekatan yang bijak dan menyeluruh yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bertujuan untuk membawa rakyat ke arah kehidupan yang lebih terarah dan berjaya serta meletakkan Negara ke persada antarabangsa dengan kekuatan imej yang disegani oleh masyarakatdunia. Beliau ingin supaya cara berfikir rakyat berubah jauh kehadapan merentasi zaman, kualiti hidup yang sentiasa bertambah baik, sistempertahanan yang kemas dan setanding dengan orang lain,ekonomi domestik yang berkembang, golongan monoriti medapat jaminan pembelaan dan hak untuk turut sama menikmati arus pembangunan serta budaya ilmudan integritimenjadi amalan masyrakat.

     semua ini disatukan dalam satu pendekatan dan disebarkan kepada semua rakyat tanpa mengira agama bangsa dan warna kulit untuk dihayati dan dilaksanakan.

     Hasrat tersebut telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi ketika perhimpunan Agong UMNO Ke-55 di PWTC pada 23 September 2004 iaitu; "Islam Hadharimemberi penekanan kepada pembangunan-pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanaidengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkat mutu kehidupan. Mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan dinamik".  


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari