Perlembagaan NGO Islam Di Malaysia: Analisis Terhadap Keperluan Pembentukan Garis Panduan

Nur Aina Abdulah, Norhoneydatie Abdul Manap

Abstract


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia adalah sebuah pertubuhan sosial yang memainkan peranan yang penting dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan sama ada dalam atau luar negara. Ia didaftarkan di bawah agensi-agensi pendaftaran pertubuhan dan tertakluk kepada undang-undang dan akta yang mengikatnya. Permasalahannya adalah ketidakseragaman perlembagaan dan dasar NGO Islam di Malaysia yang datang dalam pelbagai bentuk. Tambahan pula dengan ketiadaan satu pusat informasi setempat yang boleh dirujuk bagi mendapatkan maklumat berkaitan penubuhan NGO dari setiap agensi pendaftar pertubuhan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis keperluan NGO Islam di Malaysia terhadap pembentukan garis panduan perlembagaan. Selain itu, kajian ini turut menganalisis elemen perundangan dalam pembentukan sesebuah perlembagaan. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan reka bentuk kajian kes. Data dikumpul dari dua sumber, iaitu temu bual dan analisis dokumen seperti perlembagaan organisasi. Hasil kajian mendapati bahawa perlunya ada satu garis panduan kepada pembentukan perlembagaan NGO Islam di Malaysia agar ia menjadi rujukan dan panduan kepada semua terutamanya bagi mereka yang ingin menubuhkan pertubuhan yang baharu. Garis panduan perlembagaan itu hendaklah mencakupi elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam sesebuah perlembagaan dan dasar organisasi NGO Islam demi memastikan ketelusan dan tadbirurus yang baik dan profesional. 


Keywords


Dasar; garis panduan; keperluan; organisasi bukan kerajaan (NGO); perlembagaan

Full Text:

PDF

References


Ahmad Nidzamuddin, Wan Idros, Mohd Mahadi (pnsy.). 2009. Kamus Sains Politik Pentadbiran Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmed, S & Potter, D. 2006. NGOs in International Politics, Kumarian Press, Connecticut.

Aneesa Abdul Rashid1 , 2021, The Correlation of Social Media Activity and Engagement of a Health NGO with the Outcome of Fundraising Efforts During the COVID-19 Pandemic, Bangladesh Journal of Medical Science, Vol : 20 Special Issue on Covid19, 2021.

Asmady Idris. 2012. Malaysian Non-Governmental Organizations (NGOs) and Humanitarian Issues in Gaza, Palestine. International Journal of West Asian Studies, Vol 4, No 1, 49-78.

Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham & Salasiah Hanin Hamjah. 2014. Peranan NGO Islam dalam Merealisasikan Pendekatan Islam Hadhari di Malaysia. Jurnal Hadhari 6 (1), 1-12.

Berita Harian Online. 2017. Pertubuhan dibatal jika gagal patuhi perlembagaan – TPM, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/364865/pertubuhan-dibatal-jika-gagal-patuhi-perlembagaan-tpm (23 Februari 2021)

Demirovic, A. 2003. ‘NGOs, the State and Civil Society: The Transformation of Hegemony’, Rethinking Marxism, vol. 15, no. 2, April.

http:// Encyclopedia of social work (24 Februari 2021)

http://askensinaga.wordpress.com/2008/06/02/ngo (24 Februari 2021)

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/11/15982/ngo-penuhi-keperluan-sosial-rakyat (23 Februari 2021)

Hemamamalani Kunapalan, Norafidah binti Ismail, Aminurraasyid Yatiban. 2020. The Roles of Non-Governmental Organizations (NGOs) in Assisting Refugees: From Malaysia Context. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. Vol 5 (5), 89-94.

Khadijah Amira Abdul Rashid, Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Mohd Soberi Awang. 2021. Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, Vol 25 (1), 154-169.

Khoo Ying Hooi. 2013. Malaysian Journal of Democracy and Election Studies, Vol 1 (1), 76-85.

Laila Suriya Ahmad Apandi, Mohd Dino Khairri Shariffuddin & Nik Nor Suhaida Ali. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia. Proceeding of The International Conference on Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016).

Makmor Tumin. Sejarah dan Perkembangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia, Jurnal Sejarah, Vol 26 (2), 161-176.

Shahram Akbarzadeh, , Rebecca Barlow & Sanaz Nasirpour , 2021. Registered NGOs and advocacy for women in Iran, Third World Quarterly 2021, VOL. 42, NO. 7, 1475–148.




DOI: http://dx.doi.org/10.26475/jcil.2023.8.2.06

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2026 Nur Aina Abdulah, Norhoneydatie Abdul Manap

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.

ISSN 2976-3916 | e-ISSN: 0127-788X

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

This Journal of Contemporary Islamic Law is licensed under Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License .