Analisis Hibah Menurut Tinjauan Fiqh dan Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah (KHES)
Abstract
Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah (KHES) Indonesia telah dibentuk sebagai respons terhadap keperluan undang-undang yang mengikat bagi menyelesaikan permasalahan muamalat termasuklah hibah. KHES telah dikoordinasi hasil daripada pelbagai pandangan mazhab yang disesuaikan dengan masyarakat Indonesia. Oleh itu, artikel ini dibuat untuk meneliti hibah menurut fiqh dan Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah (KHES). Penulisan dijalankan berdasarkan reka bentuk kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan. Data-data dikumpulkan melalui kaedah kepustakaan dan dianalisis secara deskriptif. Hasil penelitian mendapati peruntukan berkaitan hibah menurut Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah (KHES) secara asasnya adalah sama seperti mana pandangan fiqh, namun terdapat juga peruntukan tambahan yang diletakkan di dalam KHES. Jumhur ulama menggariskan empat rukun hibah iaitu pemberi hibah, penerima hibah, harta yang dihibah dan sighah, sebaliknya terdapat lima rukun hibah menurut KHES iaitu pemberi hibah, penerima hibah, harta yang dihibah, iqrar dan qabd. KHES juga menetapkan takrifan baligh dan berakal bagi pemberi hibah ialah individu yang telah mencapai umur 18 tahun atau pernah berkahwin. Selain itu, terdapat juga perbezaan dari sudut penerimaan hibah melalui wali atau wakil wali di mana jumhur ulama mensyaratkan penerima hibah tersebut belum mukallaf, sebaliknya KHES mensyaratkan penerima hibah belum mumaiyiz. Penerimaan harta hibah menurut KHES adalah sama dengan penerimaan barangan dalam transaksi jual beli. Keadaan yang mengharuskan penarikan balik hibah menurut KHES ialah hibah ibu bapa kepada anak, penarikan balik hibah berlaku sebelum qabd dan larangan oleh pemberi hibah daripada mengambil harta hibah. Akhir sekali, terdapat beberapa penambahan peruntukan dalam KHES berkaitan pemberian hibah ketika marad al-maut yang kelihatan sama seperti peruntukan pada Perkara 877 dan Perkara 878 Majallat al-Ahkam.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
‘Abdul ‘Azhim Badawi al-Khalafi. 2000. al-Wajiiz fii Fiqhis Sunnah wal Kitaabil’Aziiz. Beirut: Dar Ibni Rajab.
Abdul Mughits. 2008. Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah (KHES) dalam Tinjauan Hukum Islam. Jurnal al-Mawarid 18(1): 141-159.
al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismacil Abu cAbdullah al-Jacfi. 1412H. al-Adab al-Mufrad. Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah.
al-Husin, Abu al-Qasim. 1412H. al-Mufradat fi Gharib al-Quran. Beirut: Dar al-Qalam
Alias Azhar, Mohammad Azam Hussain, Muhammad Hafiz Badarulzaman, & Fauziah Mohd Noor. 2014. Pengurusan harta dalam Islam: Perspektif hibah di Malaysia. Journal of Human Development and Communication 3(1):115-128.
al-Jaza’iri, cAbd al-Rahman. 1994. al-Fiqh cala al-Madhahib al-Arbacah.
Al-Majalla Al Ahkam Al-Adaliyyah (The Ottoman Courts Manual (Hanafi)). 2000. Book 7:Gift.http://legal.pipa.ps/files/server/ENG%20Ottoman%20Majalle%20(Civil%20Law).pdf [22 Ogos 2023].
Asriadi Zainuddin. 2017. Perbandingan hibah menurut hukum Perdata dan hukum Islam. Jurnal al-Himayah 1(1): 92-105.
Ibn Manzur. 2003. Lisān al-cArab. Beirut: Dār al- Hadith.
Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah (KHES). 2009. Edisi ke-4. Jakarta: Kencana Publisher & Pusat Pengkajian Hukum Islam dan Masyarakat Madani.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). t.th. Hibah Semasa Marad Al-Maut. https://efaraid.mais. gov.my/hibah/#:~:text=Hibah%20Semasa%20Marad%20Al%2DMaut,boleh%20dihibahkan%20kepada%20ahli%20waris [20 Ogos 2023].
Md. Yazid Ahmad & Ibnor Azli Ibrahim. 2002. Amalan Penamaan Harta Orang Islam di Malaysia: Satu Tinjauan Ringkas Menurut Syariah Islamiah. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 3: 63-80.
Mohd Zamro Muda. 2006. Konsep Harta dan Kepentingan Pengurusannya Menurut Perspektif Islam. Putrajaya: Percetakan Putrajaya Sdn Bhd
Mohd Zamro Muda. 2008. Instrumen hibah: Analisis hukum dan aplikasi di Malaysia. Kertas Kerja Konvensyen Faraid dan Hibah Kebangsaan 2008. Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Putrajaya, 7 Ogos.
Muh. Sholihuddin. 2014. Hukum Ekonomi & Bisnis Islam II (Akad Tabarru’ dalam Hukum Islam). Surabaya: UIN SA Press.
Noor Lizza Mohamed Said & Adnan Mohamed Yusoff. 2020. Implikasi Marad Al-Mawt ke atas Akad Hibah. Journal of Contemporary Islamic Law 5(2): 22-28.
Noor Lizza Mohamed Said &Wan Amirul Adli Wanayub. 2021. Pelaksanaan Hibah Harta Bercagar dalam Industri Perancangan dan Pengurusan Harta Orang Islam. International Journal of Islamic Thought 19(1): 89-101.
Nor Azlina Abd Wahab. Norajila Che Man & Norafifah Ab Hamid. 2015. Pengurusan harta dalam Islam: Hibah sebagai instrument dalam menjamin kemaslahatan masyarakat di alam Melayu. E-Proceedings of International Conference on Malay Heritage and Civilisation 2015, hlm. 276-289.
Nurul Ain Ali Sudirman. 2021. Kepentingan Hibah Harta Bercagar Terhadap Kelangsungan hidup Waris: Satu Tinjauan Awal. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK 2021). Dalam Talian, 9 & 10 November.
Sayyid Sabiq. 2013. Fiqih Sunnah. Jakarta:Tinta Abadi Gemilang.
Wahbah al-Zuhaily. 1999. Fiqh & Perundangan Islam. Jilid 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Mohd Radzniwan A Rashid, Muhammad Aunurrochim Mas'ad Saleh, Syahirah Abdul Shukor, Lukman Abdul Mutalib, Ahmad Syukran Baharuddin, Zulfaqar Mamat & Mohamad Aniq Aiman Alias. 2020. Pelaksanaan Hibah Dalam Kes-Kes Mardh Al-Mawt Covid 19 Dalam Kalangan Orang Islam Di Malaysia. INSLA e-Proceedings 3(1): 124-135.
Zakiyatul Ulya. 2017. Hibah perspektif fikih, KHI dan KHES. Jurnal Maliyah 7(2): 1-23.
Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2012. al-Fiqh al-Manhaji (Muamalat & Kewangan Islam Dalam Fiqh al-Syafi’i). Selangor:Darul Syakir.
DOI: http://dx.doi.org/10.26475/jcil.2023.8.2.04
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2026 Asiah Aqilah Abdul Ghani, Noor Lizza Mohamed Said, Mohd Zamro Muda, Siti Fatihah Azani

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
ISSN 2976-3916 | e-ISSN: 0127-788X
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
This Journal of Contemporary Islamic Law is licensed under Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License .