Saranan HAMKA terhadap Perpaduan Bangsa Serumpun Malaysia – Indonesia (HAMKA Recommendation for Malaysia – Indonesia Homogenous Race Unity)
Abstract
ABSTRAK: Hamka adalah tokoh Nusantara yang sinonim dengan gelaran ulama dan menulis lebih dari 100 buah buku dalam pelbagai bidang. Bukan setakat sifat ulamak yang menjadikan beliau dikagumi tetapi kemampuannya sebagai pemimpin, penulis, pemikir, pujangga dan pejuang bangsa menjadikannya milik masyarakat Nusantara. Penulisan ini akan memperlihatkan bagaimana sifat keperibadian dan karisma Hamka dalam memperjuangkan penyatuan bangsa serumpun Malaysia-Indonesia berdasarkan ilham dan cita-cita sepanjang tempoh kehidupannya. Timbulnya isu-isu yang menggugat keharmonian kedua negara ternyata telah mencabar semangat serumpun yang diwarisi sejak ratusan tahun. Roh dan semangat serumpun semakin meminggir malahan tidak disedari oleh sebahagian generasi baru kerana identiti negara bangsa yang bersifat patriotik. Hamka telah menyedari bakal berlakunya pemecahan identiti bangsa dan kerosakan terhadap nilai serumpun sekiranya tidak dipertahankan oleh Malaysia dan Indonesia. Melalui kajian dan mengabstrakkan hasil-hasil karya Hamka sama ada dalam bidang sejarah, politik, novel, falsafah, tafsir dan biografi, beberapa elemen yang menyatukan bangsa serumpun akan dilihat sebagai bukti bahawa Hamka mempunyai cita-cita dan misi dalam menyatukan bangsa serumpun. Melalui penulisannya, Hamka menjadikan Melaka sebagai lambang kejatuhan bangsa serumpun di samping memperjuangkan pemikiran agama sebagai penyatuan. Selain perjuangan menangkis pengaruh luar yang melemahkan bangsa, Hamka menjadikan bahasa, tulisan dan sastera sebagai lambang penyatuan bangsa serumpun. Penolakan terhadap sikap sentrik dan pengukuhan identiti bangsa serumpun merupakan perjuangan dalam memastikan umat Melayu dan Islam di kedua negara bersatu. Jumpaan terhadap perjuangan Hamka melalui karya dalam bidang sejarah, bahasa, budaya dan agama ini boleh dijadikan panduan dalam konteks negara serumpun bagi memastikan perhubungan negara bangsa yang lebih harmoni dan beridentitikan dunia Melayu.
Kata kunci: Hamka; Nusantara; bangsa serumpun; Malaysia; Indonesia
ABSTRACT: Hamka is a Malay archipelago figure that is synonymous with the soubriquet theologian and has written more than 100 books in various fields. It is not only his theologian traits that has made him admired but his ability as a leader, writer, thinker, poet and race champion that makes him belong to the Malay archipelago community. This writing will show Hamka’s personality and charisma in championing the unification of the Malaysia-Indonesia homogeneous race based on inspiration and aspiration throughout his life. The emergence of issues threatening the harmony of the two nations have indeed challenged the homogeneous spirit that have been inherent for hundreds of years. This homogeneous spirit and morale has been increasingly sidestepped even going unnoticed by some of the new generation because of the patriotic nature of the nation state identity. Hamka has realised the potential fragmentation of racial identity and damage to homogeneous values should it not be defended by Malaysia and Indonesia. Through studying and abstracting Hamka’s works whether in the field of history, politics, novels, philosophy and biographies, several elements that unites the homogeneous race will be seen as evidence that Hamka had an aspiration and mission in uniting the homogeneous race. Through his writings, Hamka made Malacca the symbol of the fall of the homogeneous race while simultaneously, championing religious thinking as a unifier. Other than fighting to fend off external influences debilitating the race, Hamka made language, writing and literature as a symbol of homogeneous race unification. His repudiation of the centric attitude and his strengthening of the homogeneous race identity is a struggle in ensuring that the Malays and the Muslims in both nations are united. The discovery of Hamka’s struggles through works in the fields of history, language, culture and religion can be used as a guide in the context of a homogeneous nation in ensuring that the nation-state relations is more harmonious and with the Malay world identity.
Keywords: Hamka; Nusantara; homogenous race; Malaysia; Indonesia
Full Text:
PDFReferences
A. Aziz Deraman. 2001. Hamka: Hukama Melayu yang ulung. Dewan Budaya, Mei : 24-25.
Abd Rahman Abd Aziz. 2002. Pemikiran Etika Hamka. Kuala Lumpur: Utusan Publication Distributors.
Aliyah Hamka. 2011. Hamka: Ulama Nusantara dan Modernitas Pemikiran Islam. Kertas Kerja Seminar Nusantara Buya
Hamka. Anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 8 – 9 Disember 2011.
Hamka. 1950. Sejarah Umat Islam di Sumatera. Medan: Pustaka Nasional.
Hamka. 1957. Kenang-kenanganku di Malaya. Singapura: Setia Darma.
Hamka. 1963. Dari Perbendaharaan Lama. Medan: Pencetak Maju.
Hamka. 2002. Dari Hati Ke Hati: Tentang Agama, Sosial, Politik. Ulang cetak. Jakarta: Pustaka Panjimas.
Hamka. 2009a. Falsafah Hidup. Ulang cetak. Shah Alam: Pustaka Dini.
Hamka. 2009b. Kenang-kenangan Hidup. Ulang cetak. Shah Alam: Pustaka Dini.
Hamka. 2009c. Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor: Sebuah Polemik Agama. Ulang cetak. Shah Alam: Pustaka Dini.
Harmoko, H. 1983. Katakan yang benar walaupun pahit. Dlm. Hamka Di Mata Hati Umat, disunting oleh Nasir Tamara, Buntaran Sanusi & Vincent Djauhari, 165-176. Jakarta: Sinar Harapan.
Ihsanuddin Ilyas, H. 1978. Sekelumit catatan tentang pengalaman terhadap Hamka dalam rangka peringatan usia 70 tahun. Dlm. Kenang-kenangan 70 Tahun Buya Hamka. Jakarta: Yayasan Nurul Islam.
Irfan Hamka. 2010. Kisah-kisah Abadi Bersama Ayahku Hamka. Jakarta: Uhamka Press.
Mochtar Naim. 1978. Catatan dari tiga seminar. Dlm. Kenangkenangan 70 Tahun Buya Hamka. Jakarta: Yayasan Nurul Islam.
Muttaqien, K.H.E.Z. 1983. Biarkan saya berhenti. Dlm. Hamka Di Mata Hati Umat, disunting oleh Nasir Tamara, Buntaran Sanusi & Vincent Djauhari, 207-211. Jakarta: Sinar Harapan.
Pius Pope. 2008. Khutbahnya menyejukkan hati. Dlm. Buya Hamka. Jakarta: Uhamka Press.
Ridwan Sidi. 2008. Hamka setelah wafat dua dasawarsa. Dlm. Buya Hamka. Jakarta: Uhamka Press.
Rusydi Hamka. 2010. Hamka Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu: Menatap Peribadi dan Martabatnya. Shah Alam: Pustaka Dini.
Sidi Gazalba. 1978. Beberapa peristiwa bersama buya Hamka. Dlm. Kenang-kenangan 70 Tahun Buya Hamka. Jakarta: Yayasan Nurul Islam.
Sutan Mansur, A.R. 1978. Kata-kata Aluan dalam Kenangkenangan 70 Tahun Buya Hamka. Jakarta: Uhamka Press.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia