Konsep Kebenaran Ilmu dalam Bahasa Melayu Berpaksikan Pandangan Islam yang Sejagat

ROZITA CHE RODI, HASHIM MUSA, SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD, NUR AMIRAH CHE SOH

Abstract


ABSTRAK: Identiti bahasa Melayu sebagai wadah pengucapan Islam memperoleh Sibghatullah (pewarnaan Ilahi) setelah beratus-ratus tahun menjadi wacana penterjemahan dan penafsiran al-Qur’an, Hadith, ulasan tentang epistemologi, ontologi, perundangan Islam dan sebagainya. Dalam artikel ini proses islamisasi umat Melayu dan bahasa Melayu diulaskan berdasarkan teori Syed M. Naquib al-Attas pada 1969 yang telah menyerapkan dua elemen, iaitu (a) unsur pemikiran rasional dan waras yang berbentuk akliah, logikal dan rasional, dan (b) mentranformasikan bahasa Melayu kepada bahasa Islam yang terserap dengan kosa kata Islam sebagai wadah pengungkapan dan penyebaran ilmu Islam dalam pelbagai genre persuratan. Namun, penaklukan kuasa penjajahan barat ke atas umat Melayu mendatangkan impak yang besar melalui proses sekularisasi ilmu, bahasa dan pemikirannya. Ilmu dari sudut pandangan kajian saintifik Barat yang bersifat sekular kini mendominasi dunia akademia secara berleluasa. Ilmu duniawi, iaitu ilmu sains dan teknologi dianggap sebagai ilmu yang terpenting dan paling berguna. Manakala, ilmu agama Islam yang dianggap sebagai ilmu ukhrawi semata-mata, tidak dianggap penting untuk membangunkan kehidupan di dunia ini. Artikel ini akan membahaskan bahawasanya dari sudut pandangan Islam, ilmu sekular barat telah menimbulkan kekeliruan tentang konsep fakta, data, ilmu dan sebagainya. Artikel ini juga akan menelusuri konsep dan definisi fakta, data dan ilmu dari sudut pandangan Islam.

Kata kunci: bahasa Melayu, islamisasi, bahasa Islam, ilmu, kebenaran, fakta, data.

 

ABSTRACT: The identity of Malay acquired the Sibghatullah (the Hue of Allah) when for several hundred years, it became the language of the translation and interpretation of the Devine revelation; the Qur’an and Hadith, and discourses on Islamic epistemology, ontology, legal edicts, and etc. In this article the islamization of the Malays and Malay language is based on the theory as proposed by Syed M. Naquib al-Attas in 1969 comprising two elements, namely (a) the infusion of the element of rationality and sound reason as motivated by the Qur’an which extols clarity in reasoning and avoid vagueness and irrationality, and (b) the transformation of the Malay language into an islamic language with islamic vocabulary that became the vehicle of discourses on Islamic knowledge in various literary genres. However, the colonization of the Malay world by western powers had great impact in secularising the Malay mind and language. As a result secular scientific knowledge now is given more importance than Islamic revealed knowledge in human worldly life. But it is found that the modern secular knowledge has caused confusion in defining facts, data, and knowledge when viewed from the Islamic perspective. This article is set out to define implicitly fact, data and knowledge from the Islamic view point.

Key words: Malay language, islamization, Islamic language, knowledge, truth, fact, data.


Full Text:

PDF

References


Ahmad Tafsir. 2000. Filsafat Umum. Bandung: Penerbit Rosdakarya.

Al-Attas, S.M. Naquib. 1969. Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago. Kuala Lumpur: Museums Department, States of Malaya.

Al-Attas, S.M. Naquib. 1978. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).

Al-Attas, S.M. Naquib. 1988. The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqa’id of al-Nasafî. Kuala Lumpur: Art Printing Works Sdn. Bhd.

Al-Attas, S.M. Naquib. 1989. Islam and the Philosophy of Science. Kuala Lumpur: ISTAC.

Al-Attas, S.M. Naquib. 1991. The Concept of Education in Islam. Kuala Lumpur: ISTAC.

Hashim Hj. Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Hashim Hj. Musa. 2006. Pengantar Falsafah Bahasa. (ed. ke-2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hj. Musa. 2009. Early jawi materials and the creation of a network of Malay Islamic Centres. The Journal of Sophia Asian Studies 27: 9- 20.

Hospers, J. 1967. An Introduction to Philosophical Analysis. Woking & London: Unwin Brothers.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia