The Development of Ontology in Hadith Studies: A Bibliometric Analysis
Abstract
Ontology adaptation has garnered considerable interest in various fields, including Islamic studies. Information system developers have made several attempts to apply ontology to Islamic knowledge, particularly to two sacred sources in Islam, the Qur’an and the hadith. Despite the extensive body of research, a lack of bibliometric studies remains, which hinders the establishment of a foundation for future research on the application of ontology in hadith studies. This bibliometric analysis study is conducted to assist academics who are new to ontology in utilizing hadith data-related studies by identifying key journals and authors for a comprehensive analysis of this area of research. For this purpose, this study used the Scopus and Web of Science (WoS) databases to quantitatively identify ontology-related studies that use hadith data, employing several units of analysis, including the distribution of publications by year and country, citation counts, and the functionality of hadith and ontology. The finding shows that there is a growing interest in exploring the potential of ontologies in this field. It also highlights the concentration of research efforts in Southeast Asia and the Middle East, as well as the importance of international collaborations in this field of study. It implies the potential for further development of this topic in the future.
Keywords: Hadith; ontology; knowledge modeling; bibliometric analysis; trend analysis
ABSTRAK
Adaptasi ontologi dalam bidang kajian yang pelbagai telah menjadi minat yang besar dalam kalangan pengkaji, termasuk dalam bidang kajian Islam. Beberapa percubaan telah dilakukan oleh pembangun sistem maklumat untuk mengaplikasikan ontologi kepada bidang kajian ilmu Islam, khususnya terhadap dua sumber suci dalam Islam, iaitu Al-Quran dan hadis. Walau bagaimanapun, hasil penelitian pengkaji, masih tiada kajian sedia ada yang menggunakan teknik analisis bibliometrik untuk menganalisis trend kajian-kajian sedia ada yang mengadaptasi ontologi di dalam bidang kajian hadis. Oleh itu, kajian analisis bibliometrik ini dijalankan untuk membantu pengkaji yang baru memulakan kajian terhadap adaptasi ontologi menggunakan data hadis untuk menentukan jurnal dan pengarang yang sesuai untuk dirujuk bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai fenomena ini. Untuk tujuan tersebut, kajian ini menggunakan pangkalan data Scopus dan Web of Science (WoS) untuk mengenal pasti secara kuantitatif kajian-kajian berkaitan ontologi yang telah menggunakan data hadis untuk dianalisis berdasarkan beberapa unit analisis, iaitu, taburan penerbitan mengikut tahun dan negara, bilangan sitasi yang diterima, dan fungsi yang dimainkan oleh hadis dan ontologi dalam setiap kajian tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan minat dikalangan pengkaji dalam meneroka potensi ontologi dalam bidang ini. Selain itu, hasil kajian juga mendapati terdapat usaha yang wajar ditonjolkan daripada penyelidikan di Asia Tenggara dan Timur Tengah serta beberapa bentuk kerjasama antarabangsa dalam bidang kajian ini. Ini menggambarkan potensi untuk mengembangkan lagi kajian seumpamanya pada masa akan datang.
Kata kunci: Hadis; ontologi; permodelan pengetahuan; analisis bibliometrik; analisis trend
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia