Accuracy of Qibla Direction: Evaluating Smartphone Apps with the Istiwa’ Adzam Method
Abstract
Accurate determination of the Qibla direction is crucial for Muslims worldwide, particularly those residing far from Mecca, making it a global concern. In Malaysia, approximately 5000 km away from Mecca, determining the Qibla direction presents significant challenges. A deviation of one degree can result in a discrepancy of up to 180 km from the Ka’ba. Today’s technology, especially smartphone apps, provides the simplest and quickest way to find the Qibla. However, their accuracy is often questionable. The purpose of this study is to evaluate the accuracy of Qibla direction in various Qibla direction applications across different smartphone models by comparing it with the istiwa’ adzam method. This study employed a field research approach and a descriptive data analysis. Data collection was conducted through observations on July 15 and 16, 2020, at the East Coast Environmental Research Institute (ECERI). The results of this study reveal that the accuracy of the Qibla direction determined using the istiwa’ adzam method is consistent. In contrast, several smartphone applications exhibit deviations of up to 15° from the true Qibla direction, whereas the most reliable app, Easy Qiblat (Sun), consistently shows zero deviation across all tested smartphones. This study suggests that it is essential to reevaluate and enhance the Qibla applications currently available on smartphones.
Keywords: Accuracy; istiwa’ adzam; islamic astronomy; qibla direction; smartphone applications
ABSTRAK
Penentuan arah kiblat yang tepat adalah penting bagi umat Islam di seluruh dunia, terutamanya mereka yang tinggal jauh dari Mekah, menjadikannya isu antarabangsa yang penting. Di Malaysia, kira-kira 5000 km dari Mekah, penentuan arah kiblat memberikan cabaran yang ketara. Malah sisihan satu darjah boleh membawa kepada percanggahan sehingga 180 km dari Kaabah. Teknologi moden, termasuk aplikasi telefon pintar, menawarkan kaedah yang paling mudah dan cepat untuk menentukan kiblat, tetapi ketepatannya sering dipersoalkan. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai ketepatan arah kiblat dalam pelbagai aplikasi arah kiblat di dalam telefon pintar yang berbeza dengan membandingkannya dengan kaedah istiwa’ adzam. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian lapangan dan analisis data deskriptif. Pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian pada 15 dan 16 Julai 2020 di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI). Hasil kajian ini mendedahkan ketepatan arah kiblat yang ditentukan menggunakan kaedah istiwa’ adzam adalah konsisten, manakala beberapa aplikasi telefon pintar menunjukkan sisihan sehingga 15° daripada arah kiblat sebenar manakala aplikasi paling dipercayai ditemui ialah Easy Qiblat (Sun), di mana ia secara konsisten menunjukkan sisihan sifar merentas semua telefon pintar yang diuji. Kajian ini mencadangkan bahawa penilaian semula dan penambahbaikan aplikasi Kiblat yang digunakan dalam telefon pintar adalah perlu.
Kata kunci: Astronomi Islam; arah kiblat; aplikasi telefon pintar; istiwa’ adzam; ketepatan
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia