Pandangan Hidup Islam dan Matlamat Pendidikan Indonesia: Satu Kajian Sistematik

Beta Pujangga Mukti, Shereeza Mohamed Saniff

Abstract


ABSTRAK


Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji wacana sedia ada mengenai kepentingan pandangan hidup Islam dengan matlamat pendidikan Indonesia. Untuk mencapai objektif kajian ini, makalah ini bertujuan untuk menganalisis secara kritis dan mensintesis kecenderungan kajian terkini yang berkaitan dengan pandangan hidup Islam dan matlamat pendidikan Indonesia. Kajian ini menggunakan kajian sistematik untuk penulisan akademik berdasarkan tiga pangkalan data. Berdasarkan tinjauan sistematik literatur (SLR) yang dilakukan, terdapat 124 artikel telah ditemui menggunakan kata kunci Pendidikan Islam, Pandangan Hidup Islam, dan Matlamat Pendidikan Indonesia. Walau bagaimanapun, setelah menilai keseluruhan aspek artikel, merangkumi judul, abstrak dan kandungan teks, didapati hanya 17 artikel layak dianalisis selepas lulus proses penapisan. Penemuan berdasarkan SLR yang dijalankan menunjukkan bahawa walaupun terdapat kajian-kajian berkenaan pandangan hidup Islam dalam pendidikan Indonesia telah dijalankan, namun fokus kajian-kajian tersebut adalah untuk menganalisis matlamat pendidikan Indonesia berdasarkan skop yang lebih umum iaitu berpandukan perspektif Islam atau al-Quran tanpa menghubungkan dengan lebih jelas pandangan hidup Islam yang bersifat lebih spesifik, yang merupakan fokus kajian ini. Oleh itu, hasil dapatan SLR ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk mengkaji lebih lanjut tentang kepentingan pandangan hidup Islam bagi dijadikan asas untuk mencapai kesejahteraan menerusi matlamat pendidikan Indonesia.

Kata kunci: Pandangan hidup Islam; pendidikan Islam; matlamat Pendidikan Indonesia; sistem Pendidikan Indonesia; kajian sistematik

ABSTRACT

This study aims to examine the existing discourse on the suitability of the Islamic worldview to be embedded as the philosophical underpinnings of Indonesian education goals. Therefore, this paper sets out to critically analyse and synthesise the trend of the latest studies of Islamic worldview and Indonesian education goals. This paper used a systematic search for the articles based on three databases. Based on the systematic literature review, 124 articles were found using the keywords of Islamic Education, Islamic Worldview, and Indonesian Education Goals. After assessing all journal elements, including the title, abstract, and content, only 17 articles were chosen following the filtering process. The systematic review of the literature found that while there have been studies on the Islamic worldview in Indonesian education, they mainly focus on analysing education goals from a general Islamic perspective or the Quran. These studies do not specifically address the more detailed Islamic worldview, which is the focus of this study. Therefore, the results of this SLR indicate a need for an in-depth study on the importance of the Islamic worldview as a foundation for achieving prosperity through the goals of Indonesian education.

Keywords: Islamic worldview; Islamic education; Indonesian education goals; Indonesian education system; systematic literature review (SLR)


Keywords


Pandangan hidup Islam; pendidikan Islam; matlamat Pendidikan Indonesia; sistem Pendidikan Indonesia; kajian sistematik

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia