Masjid sebagai Hab Kebajikan Masyarakat serta Sinergi Dakwah di Malaysia dan Aceh
Abstract
ABSTRAK
Masjid memainkan peranan penting dalam membangunkan peradaban umat Islam melalui misi dakwah. Situasi yang wujud dalam era baru menjadi satu cabaran yang memerlukan pendekatan dakwah itu sentiasa seiring dengan perkembangan dan keperluan masyarakat terkini. Misi dakwah yang dilaksanakan oleh masjid perlu diperhalusi dengan meletakkan perancangan kukuh dan berpanjangan agar mereka kekal relevan dan salah satu perancangannya itu ialah menawarkan perkhidmatan kebajikan sosial. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan ingin menonjolkan peranan unik masjid dalam melaksanakan perkhidmatan kebajikan sosial. Kaedah kajian menumpukan metode kualitatif menggunakan temu bual mendalam dan analisis kandungan. Sebanyak empat buah masjid dari seluruh Malaysia dan sebuah masjid dari Aceh dipilih menjadi informan untuk meneroka pengalaman mereka dalam melaksanakan perkhidmatan kebajikan sosial yang efisien dan efektif melalui proses sinergi yang kondusif. Kemudian, hasil temu bual di lapangan disusun mengikut tema yang bersesuaian dengan kehendak kajian. Hasil kajian mendapati, teras maqasid sharʿiah dijadikan panduan dalam menguruskan kebajikan masyarakat. Sementara dari aspek aplikasi, sinergi dakwah masjid dengan pelbagai pihak berautoriti dapat memperkasakan peranannya agar kekal relevan dengan perkembangan dan keperluan masyarakat terkini. Kajian menyimpulkan bahawa masjid di Malaysia dan Aceh sentiasa bersifat responsif dengan kehendak masyarakat seiring dengan perubahan masa dan diyakini akan terus berperanan aktif sebagai hab kebajikan dalam masyarakat bagi memastikan sinergi dakwah itu dapat diperkasakan.
Kata kunci: Masjid; dakwah; maqasid sharʿiah; Malaysia; Aceh
ABSTRACT
Mosque plays an important role in developing the civilisation of Muslims through the da‘wah mission. The development of society posed a challenge, requiring the da‘wah approach to be adjusted to meet society’s evolving needs and developments. The da‘wah mission undertaken by the mosques needs enhancement through a robust and long-term strategy to ensure their continued relevance, with one such strategy being the provision of social charity services. Thus, this study aimed to highlight the unique role of mosques in carrying out social charity services. The qualitative methods were applied in this study using in-depth interviews and content analysis. The study selected four mosques from Malaysia and one from Aceh as informants to investigate their experiences in creating the synergy that facilitates efficient and effective social charity service delivery. Then, the results of the interviews were arranged according to themes that suit the needs of the study. The study results found that the core maqasid sharʿiah is used to guide society’s charity. The collaborative da‘wah efforts of mosques with various authorities can enhance their role, keeping them pertinent to the current societal developments and needs. The study concludes that mosques in Malaysia and Aceh are highly attuned to societal needs as they evolve over time, and they will undoubtedly maintain their active role as charitable hubs, ensuring the empowerment of da‘wah synergy.
Keywords: Mosque; da‘wah; maqasid sharʿiah; Malaysia; Aceh
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia