Faktor Kecemerlangan Hafazan Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Peringkat Remaja
Abstract
ABSTRAK
Hafazan merupakan satu cara untuk menjaga kesucian dan ketulenan ayat suci al-Quran. Ia juga merupakan amalan spirituality yang memperkasakan aspek mental, jiwa dan intelektual. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang paling dominan mempengaruhi kecemerlangan hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar peringkat remaja di institusi tahfiz Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Kajian ini melibatkan seramai 50 orang pelajar dari tiga buah pusat tahfiz swasta di bawah pentadbiran MAIK yang berada di sekitar Kota Bharu iaitu Maahad Tahfiz Pubimas Al-Amin, Mahad Tahfiz Al-Quran ArRaudah dan Mahaad Tahfiz Darul Riyadh. Analisis statistik deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS)version 22.0 digunakan untuk menjawab persoalan kajian iaitu untuk mengenalpasti faktor-faktor dominan kecemerlangan pelajar tahfiz di institusi pengajian tahfiz MAIK. Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa tahap min faktor kecemerlangan hafazan pelajar berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.10. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi kecemerlangan hafazan ialah minat yang tinggi terhadap hafazan al-Quran dan diikuti dengan dorongan dan sokongan ibu bapa. Sementara itu, bantuan guru-guru juga menyumbang kepada nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa soalan dan respon yang diberikan pada pelajar bersesuaian dan memenuhi kriteria yang diperlukan.
Kata kunci: Hafazan al-Quran; pelajar tahfiz; minat tinggi; sokongan ibubapa
ABSTRACT
Memorising the holy verses of the Qur’an helps preserve their purity and authenticity. It is a spiritual practice that strengthens the mental, soulful, and intellectual facets. This study has identified the most dominant factor influencing the excellence of memorising the Qur’an among students at the Tahfiz Institution of the Islamic Religious Council of Kelantan (MAIK). This study involved a total of 50 students from three Tahfiz centres around Kota Bharu, namely Maahad Tahfiz Pubimas Al-Amin, Mahad Tahfiz Al-Quran ArRaudah and Mahaad Tahfiz Darul Riyadh. Descriptive statistical analysis using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 22.0 was used to answer the research question of identifying the dominant factors of Tahfiz student excellence at the MAIK Tahfiz study institution. The overall findings show that the mean level of the student’s memorisation excellence factor is at a high level of 4.10. The research reveals that the most influential factor in memorisation success is a high level of interest in memorising the Qur’an, supplemented by parental encouragement and support. Simultaneously, the assistance provided by the teachers also played a role in achieving the high mean value.
Keywords: Al-Quran memorisation; tahfiz student; high interest; support of parents
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia