Development of Waqf through the Blue Ocean Strategy for Prosperity in Malaysia

Sakinatul Raadiyah Abdullah, Surita Hartini Mat Hassan, Che Khadijah Hamid, Zaleha Embong, Muhammad Haris Riyaldi

Abstract


ABSTRACT


Waqf is a significant tool in Islamic philanthropy, designed to enhance societal welfare. This Islamic wealth mechanism has proven its strength in the past, particularly in fortifying Islamic communities’ economic and social fabric while also functioning as a driver for economic advancement. However, in modern days, there are challenges in effectively managing and utilising waqf assets for maximum benefit. The Blue Ocean Strategy is a revolutionary business strategy and a global method initiative that combines creativity and innovation in business planning and operations to charter undiscovered markets. This notion provides a systematic and imaginative way to deliver significant value while keeping costs low. The initiative is applicable for implementing waqf development financing methods as part of the government’s strategy to tackle the shortage of funds for waqf land development. This strategy is also known for its innovative approach to creating non-competitive market spaces, providing opportunities to revitalise the waqf sector by identifying new avenues for development and sustainability. Therefore, this study aims to investigate how waqf development through the Blue Ocean Strategy for prosperity in Malaysia can be implemented. Experts’ views on the potential implementation of this strategy in waqf development for prosperity in Malaysia were identified. Data was collected through interviews with experts identified as informants who are actively engaged in waqf management and directly accountable for waqf matters. The content analysis method was used to analyse the data obtained. This study found that waqf and the Blue Ocean Strategy can be combined to maximise benefits to society and the country. Integrating both strategies facilitates the development of waqf assets, resulting in multiple benefits that assist in the nation’s sustainable development and the realisation of shared prosperity.

Keywords: Waqf; blue ocean strategy; development waqf


ABSTRAK


Wakaf merupakan instrumen penting dalam filantropi Islam yang bertujuan untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Kekuatan instrumen kehartaan Islam ini telah terbukti berjaya khususnya dalam meningkatkan kekuatan ekonomi dan sosial masyarakat Islam sekaligus juga menjadi medium pembangunan ekonomi. Namun, dalam konteks zaman kontemporari, terdapat cabaran dalam pengurusan dan penggunaan harta wakaf secara efektif untuk kepentingan yang maksimum. Strategi Lautan Biru merupakan suatu revolusi dalam strategi perniagaan dan inisiatif kaedah global yang menggabungkan kreativiti dan inovasi dalam perancangan perniagaan dan operasi bagi menguasai pasaran yang tidak terbatas. Konsep ini turut membekalkan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah. Inisiatif ini turut wujud dalam pelaksanaan kaedah pembiayaan pembangunan wakaf sebagai salah satu usaha pihak kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan dana untuk membangunkan tanah wakaf. Strategi ini juga terkenal dengan pendekatannya yang inovatif dalam mencipta ruang pasaran yang tidak bersaing, menyediakan peluang untuk menghidupkan semula sektor wakaf dengan mengenal pasti laluan baru untuk pembangunan dan kelestarian. Strategi Lautan Biru adalah pendekatan global yang menggabungkan kreativiti dan inovasi. Inisiatif ini juga wujud dalam pelaksanaan pembangunan wakaf. Maka, persoalan untuk kajian ini adalah bagaimana pembangunan wakaf melalui Strategi Lautan Biru untuk kemakmuran di Malaysia dapat dilaksanakan. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan pakar-pakar mengenai potensi pelaksanaan strategi ini dalam pembangunan wakaf untuk kemakmuran di Malaysia. Pengumpulan data diperoleh melalui temu ramah dengan pakar-pakar yang telah dikenalpasti sebagai informan dan terlibat dalam pengurusan wakaf juga menjadi individu yang bertanggungjawab secara langsung dalam hal ehwal wakaf. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Kajian ini mendapati wakaf dan Strategi Lautan Biru boleh digabungkan untuk maksimumkan faedah kepada masyarakat dan negara. Integrasi kedua-dua strategi membantu dalam pembangunan aset wakaf dan memberikan banyak faedah sekaligus dapat membantu Pembangunan mampan negara dan dapat mewujudkan kemakmuran bersama.

Kata kunci: Wakaf; strategi lautan biru; pembangunan wakaf


Keywords


Waqf; blue ocean strategy; development waqf

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia