Assessing Islamic Moral Values Among Muslim Youth in Nigeria

Aminu Yakubu, Azreen Hamiza Abdul Aziz

Abstract


ABSTRACT


Any society’s stability hinges upon its members’ collective adherence to moral principles and practices. Morality, universally relevant, acts as a unifying force that transcends religious, racial, and regional boundaries. This study examines the moral values of Muslim youth in Nigeria, highlighting the rising deviation from Islamic principles towards Western culture and immorality. Through a qualitative research strategy, data was collected by conducting interviews with selected youths across Nigeria and experts in Islamic moral teachings. Thematic analysis is applied to discern crucial patterns in the study. The study reveals that forsaking Islamic moral values and adopting Western culture results in moral decadence, which contributes to rising crime rates, including sexual assaults, substance abuse, highway robbery, educational setbacks, and mental health disorders. The root causes of the deterioration include the lack of individual morality, societal moral ethics, and ignorance of Islamic moral values. The study recommends integrating Islamic moral teachings from the Qur’an and Sunnah alongside encouraging positive cultural and moral behaviours to mitigate these challenges. Furthermore, the study emphasizes the importance of raising awareness among youth regarding the detrimental effects of Western and non-Islamic culture. Tackling the shortcomings in personal and societal morality, addressing moral ignorance, and engaging parents, schools, and the community are suggested as essential measures to mitigate the impact of moral decline.

Keywords: Islamic moral values; Muslim youth; youth empowerment; cultural harmony; Nigeria


ABSTRAK


Stabiliti sesuatu masyarakat bergantung kepada pematuhan kolektif terhadap prinsip-prinsip dan amalan-amalan moral. Moraliti boleh diterapkan secara universal dan berfungsi sebagai daya penyatuan yang melampaui sempadan agama, kaum, dan kawasan. Kajian ini ingin mengkaji nilai-nilai moral dalam kalangan belia Muslim di Nigeria dengan mengambil kira peningkatan penyimpangan daripada ajaran Islam menuju budaya Barat dan tidak bermoral. Dengan menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif, kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data melalui instrumen temubual dengan belia terpilih di seluruh Nigeria dan pakar dalam pengajaran moral Islam. Analisis tematik juga digunakan untuk mengenal pasti corak penting dalam kajian ini. Kajian ini menunjukkan bahawa pengabaian sifat-sifat moral Islam dan penerimaan budaya Barat menyumbang kepada kemerosotan moral yang menyebabkan peningkatan kadar jenayah, termasuk serangan seksual, penyalahgunaan bahan terlarang, rompakan, gangguan pendidikan, dan gangguan kesihatan mental. Punca-punca utama yang dikenal pasti termasuk ketiadaan moral individu, etika moral masyarakat, dan ketidaktahuan terhadap nilai-nilai moral Islam. Bagi mengatasi cabaran ini, kajian ini mencadangkan penggabungan pengajaran moral Islam dari al-Quran dan Sunnah, serta penekanan terhadap tingkah laku moral budaya yang positif. Selain itu, kajian ini juga menekankan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia mengenai kesan yang merugikan dalam amalan budaya Barat dan bukan-Islam. Menangani kekurangan moral individu dan masyarakat, memerangi ketidaktahuan moral, dan melibatkan ibu bapa, sekolah, dan masyarakat adalah langkah-langkah yang disyorkan sebagai langkah penting dalam menangani kesan kemerosotan moral.

Kata kunci: Nilai moral Islam; belia Islam; pemerkasaan belia; keharmonian budaya; Nigeria


Keywords


Islamic moral values; Muslim youth; youth empowerment; cultural harmony; Nigeria

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia