Involuntary Allotment Among Armed Forces Personnel Based On The Subsistence Rate According To Syarak

Shofian Ahmad, Mohd Nasir Mansor, Sri Handayani

Abstract


ABSTRACT


The Involuntary Allotment (IA) adopted by the Malaysian Armed Forces (MAF) is a welfare and mindfulness policy that aims to assist, organise and secure the finances of MAF personnel and their families. Despite the policy being in place for quite some time, financial constraints continue to cause household issues. Hence, it is questionable whether the IA rate is still relevant or should be reviewed and reassessed in line with the subsistence adequacy rate set by Syarak to meet the family’s expenditure needs. There are two criteria for determining the level of adequate subsistence in Islam: the husband’s income and the wife’s needs according to current values. This study adopted the IA rate method based on the subsistence adequacy criteria and applied the standard approach for determining the subsistence adequacy rate. This descriptive study analysed the subsistence adequacy rate based on the IA deduction rate. The data collection methods used were content analysis and semi-structured interviews, involving informants from three areas of expertise: counsellors registered with MAF, administrative officers from UGAT and the Head of the Syariah Law Unit of KAGAT. Findings indicate that the percentage of IA deductions assigned for Officers and Other Ranks (OR) does not reach the level of daruriyyat, hajiyat or tahsiniyyat subsistence requirements. This study recommends a new calculation method for determining the subsistence rate based on the husband’s income and the wife’s spending needs. The MAF can adopt this new calculation method based on daruriyyat, hajiyat and tahsiniyyat subsistence requirements as a guideline for improving the current IA rate.

Keywords: Involuntary Allotment (IA); Malaysian Armed Forces; adequate subsistence; husband’s income; wife’s needs

 

ABSTRAK

 

Perintah Peruntukan Paksa (PPP) di dalam Angkatan Tentera Malaysia merupakan satu polisi kebajikan dan keprihatinan kepada keluarga anggota yang bermatlamat untuk membantu, menyusun dan menjamin kewangan anggota dan keluarga. Walaupun dasar ini telah dilaksanakan dalam tempoh masa yang panjang, tetapi masih terdapat masalah rumahtangga yang disebabkan oleh kesempitan kewangan. Ini telah menimbulkan persoalan, sama ada kadar PPP tersebut masih relevan atau perlu kepada semakan dengan penilaian kadar kecukupan nafkah yang ditetapkan syarak bagi keperluan perbelanjaan isteri? Terdapat dua kriteria dalam menetapkan kadar kecukupan nafkah dalam Islam iaitu kedudukan pendapatan suami dan keperluan isteri mengikut nilai semasa. Kajian ini menganalisis kaedah penetapan kadar PPP berdasarkan kriteria kecukupan nafkah serta melihat pendekatan piawaian yang sesuai dalam menentukan kadar kecukupan nafkah. Kajian ini berbentuk kajian deskriptif yang menganalisis kadar kecukupan nafkah berdasarkan kadar potongan PPP. Dua mekanisme utama digunakan dalam pengumpulan data, iaitu analisis kandungan dan temu bual semi struktur bersama informan yang terdiri daripada tiga bidang kepakaran yang berbeza iaitu kaunselor berdaftar dalam ATM, pegawai tadbir UGAT dan Ketua Unit Undang-undang Syariah KAGAT. Hasil daripada kajian ini menunjukkan peratusan PPP yang ditetapkan kepada Pegawai dan LLP tidak mencapai tahap keperluan nafkah daruriyyat, hajiyat atau tahsiniyyat. Justeru kajian ini telah mengesyorkan kaedah pengiraan baharu untuk menentukan kadar nafkah berdasarkan pendapatan yang diperolehi suami dan keperluan perbelanjaan isteri. Kadar pengiraan baharu ini yang berdasarkan keperluan daruriyyat, hajiyat dan tahsiniyyat boleh dijadikan panduan kepada pihak ATM untuk menambahbaik kadar PPP semasa.

 

Kata kunci: Perintah Peruntukan Paksa; Angkatan Tentera Malaysia; kecukupan nafkah; pendapatan suami; keperluan isteri


Keywords


Involuntary Allotment (IA); Malaysian Armed Forces; adequate subsistence; husband’s income; wife’s needs

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia