Analisis Keperluan Pembangunan Model M-Pembelajaran Faraid bagi Mata Pelajaran Syariah peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Abstract
ABSTRAK
Prestasi pencapaian faraid dalam mata pelajaran Syariah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sejak 2016 sehingga 2022 masih berada pada tahap sederhana rendah. Selain itu, ketiadaan buku teks khusus Syariah STPM dan kekurangan pembelajaran faraid STPM secara mudah alih berbanding dengan pengajian tinggi, menyumbang kepada prestasi tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan pembangunan model M-pembelajaran faraid bagi mata pelajaran Syariah peringkat STPM menurut pandangan pakar. Seramai tiga orang guru dan tiga orang pensyarah telah terpilih sebagai pakar kajian dalam fasa ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temu bual (soalan separa struktur) dan dianalisis secara tematik menggunakan Nvivo versi 29. Berdasarkan analisis temu bual yang dijalankan, terdapat kesepakatan dalam kalangan pakar bagi keperluan membangunkan model M-pembelajaran faraid STPM. Pandangan yang dicadangkan oleh semua pakar tersebut dipamerkan berdasarkan tiga tema utama iaitu keperluan model, kepentingan dan penekanan terhadap sumbangan atau novelty M-pembelajaran faraid bagi mata pelajaran Syariah peringkat STPM dan persetujuan dibangunkan model mengikut beberapa konstruk yang dicadangkan. Mereka menegaskan bahawa model yang dibangunkan ini perlu dan wajar dijadikan sebagai panduan kepada para pelajar STPM untuk mendapatkan maklumat faraid dengan cepat dan mudah. Oleh itu, implikasi dapatan yang diperoleh bagi fasa keperluan ini membantu pengkaji untuk meneruskan kajian berkaitan fasa reka bentuk dan pembangunan model DDR ini.
Kata kunci: Analisis keperluan; pembangunan model; M-pembelajaran faraid; Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
ABSTRACT
The performance of candidates in Faraid within the Shariah subjects of the Malaysian Higher Secondary School Certificate (STPM) from 2016 to 2022 remains moderately low. In addition, the lack of STPM Shariah-specific textbooks and portable STPM Faraid learning resources compared to subjects heightens the concern. Therefore, this study aims to identify the need to develop a Faraid M-learning model for Shariah subjects at the STPM level. Three teachers and three lecturers have been selected as experts for systematic interviews. This study used a qualitative approach: interviews (semi-structured questions) and was analyzed thematically using Nvivo version 29. Based on the interview analysis, experts agreed on the need to develop the STPM Faraid M-learning model. The views proposed by all the experts are displayed based on three main themes: (1) the model of need, (2) the importance of the contribution of Faraid M-learning for Shariah subjects at the STPM level, and (3) the consensus reached to develop a model according to several proposed constructs. The interviewed experts insisted that the developed model should be used as a guide for STPM students to grasp information quickly and easily. The analysis enables the researcher to progress with the study related to the design and development phase of the DDR model.
Keywords: Needs analysis; model development; Faraid M-learning; Malaysian Higher School Certificate (STPM)
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia