Strategi Pengeksplisitan dalam Terjemahan Gaya Bahasa Ījāz al-Quran kepada Bahasa Melayu

Mukhlis Rosli, Nasimah Abdullah, Lubna Abd Rahman

Abstract


Pengeksplisitan ialah suatu teknik penting dalam mengukur tahap kualiti sesuatu interpretasi. Pengeksplisitan ada kalanya boleh berbentuk wajib, pilihan, pragmatik dan inheren. Bahkan pengeksplisitan juga boleh mengundang kepada tahap kelewahan (redundancy) sesuatu teks. Penterjemah sama ada yang berpengalaman mahupun tidak berpengalaman cenderung melakukan pengeksplisitan dengan memindahkan makna elipsis bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Kajian ini berobjektif untuk menganalisis klasifikasi pengeksplisitan dalam penterjemahan gaya bahasa ījāz al-Quran kepada bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ialah kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan (content analysis). Data kajian pula terdiri daripada sejumlah gaya bahasa ījāz al-Quran yang dianalisis mengikut klasifikasi strategi pengeksplisitan oleh Klaudy dan metode penyaringan (filtering method) oleh Becher. Dapatan kajian mendedahkan bahawa kategori pengeksplisitan pilihan merupakan jenis pengeksplisitan terbanyak yang ditemukan kajian berbanding dengan jenis pengeksplisitan yang lain. Pengeksplisitan pragmatik pula menjelaskan bahawa proses pemindahan makna tidak hanya bergantung pada struktur atau sistem bahasa (tatabahasa, leksikon dan sebagainya) tetapi turut dipengaruhi oleh konteks pengujaran ayat. Kajian mencadangkan bahawa penterjemah perlu berusaha meminimumkan pendekatan tafsiran ayat melainkan pada keadaan tertentu yang boleh mengundang salah faham atau penyimpangan makna. Pandangan ini dilontarkan berikutan bidang pentafsiran al-Quran (the science of exegesis) merupakan satu bidang yang amat luas, sarat dengan perbezaan pandangan dan mempunyai disiplin ilmunya yang tersendiri.

Keywords


Pengeksplisitan pilihan; pragmatik; makna implisit; terjemahan lewah; terjemahan al-Quran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia