Pengaruh Pengajaran Terbeza terhadap Kreativiti Pengajaran Guru Bahasa Arab Sekolah Rendah

Nurul Nissha Johari, Harun Baharudin

Abstract


Pendekatan pengajaran terbeza (differentiated instruction) merupakan pertimbangan terhadap perbezaan kecerdasan pelbagai murid dapat membantu murid untuk belajar dengan cara optimum mengikut aras atau situasi pembelajaran mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan elemen-elemen yang terdapat di dalam pendekatan pengajaran terbeza dan pengaruhnya terhadap kreativiti pengajaran guru bahasa Arab. Seramai 148 daripada 236 orang guru bahasa Arab di sekolah kebangsaan dalam negeri Melaka dipilih sebagai sampel secara pensampelan berkelompok atau kluster dengan membahagikan kesemua populasi mengikut daerah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara pendekatan pengajaran terbeza dan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab (r=0.78). Seterusnya, hasil analisis regresi berganda pula menunjukkan bahawa elemen pendekatan pengajaran terbeza iaitu rancangan pengajaran, kandungan pembelajaran serta produk pembelajaran merupakan peramal dan memberi pengaruh terhadap kreativiti pengajaran guru bahasa Arab (R2= 0.68). Oleh itu, kajian ini dapat memberi input yang baharu kepada pihak berkaitan untuk merancang program dan aktiviti yang berkesan khususnya dalam meningkatkan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab melalui pendekatan pengajaran terbeza.

Keywords


Pengajaran terbeza; kreativiti pengajaran; guru bahasa Arab; pendidikan abad ke-21

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia