Penasaban dan Pendaftaran Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf Orang Islam di Malaysia dan negara Asia Lain

Zurina Musa, Zuliza Mohd Kusrin, Muhammad Nazir Alias, Nurhidayah Muhammad Hashim

Abstract


Terdapat perbezaan dari segi konsep anak tidak sah taraf menurut perundangan Islam dan peruntukan undang-undang sivil di Malaysia sepertimana yang diguna pakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299], khusus berhubung dengan isu pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf orang Islam. Perbezaan ini memberi kesan yang amat signifikan dari segi hukum Syarak antaranya yang melibatkan penasaban, perwalian dan pewarisan harta pusaka. Selain itu, ia turut akan memberi implikasi yang sangat besar dan rumit kepada kelangsungan entiti keluarga. Justeru, artikel ini membincangkan tentang konsep penasaban atau penamaan dan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf orang Islam serta pelaksanaannya menurut perundangan Islam dan sivil di Malaysia dan beberapa negara Asia iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand. Kajian berbentuk kualitatif. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati di Malaysia terdapat kepelbagaian tafsiran konsep penasaban atau penamaan bagi anak tidak sah taraf menurut perundangan Islam. Berlaku konflik berkaitan prosedur dan pemakaian undang-undang antara perundangan Islam dan Sivil serta ketidakseragaman pelaksanaan antara perundangan dan kehakiman Syariah sendiri. Di negara Indonesia, pelaksanaan penasaban dan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf orang Islam adalah mengikut hukum syarak. Manakala di Singapura dan Thailand, adalah merujuk kepada undang-undang sivil. Oleh itu terdapat keperluan dilakukan kajian terperinci berkaitan undang-undang penasaban dan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf orang Islam dilakukan, demi kepentingan agama dan umat Islam amnya serta khusus kepada pihak-pihak yang berkepentingan bagi mengelakkan isu pertindanan nasab.

Keywords


Pendaftaran; penasaban; anak tidak sah taraf

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia