Impak Pentaksiran Kendalian Sekolah untuk Pembelajaran (SBAfL) terhadap Gaya Pengajaran Guru Pendidikan Islam di Brunei

Norwati Abu Bakar, Mohd Isa Hamzah, Ab. Halim Tamuri

Abstract


Umumnya, terdapat perubahan penting dalam sistem pentaksiran pendidikan di Brunei diperkenalkan dengan pelaksanaan Pentaksiran Kendalian Sekolah untuk Pembelajaran - School Based Assessment for Learning (SBAfL) termasuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini adalah untuk meneroka adakah pentaksiran SBAfL ini mempengaruhi gaya pengajaran guru-guru Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian fenomenologi yang menggunakan pendekatan kualitatif dan tujuh orang peserta telah dipilih berasaskan  persampelan bertujuan. Data diperoleh melalui i) kaedah temu bual secara mendalam, ii) pemerhatian langsung di bilik darjah secara non-participant dan iii) bukti dokumen. Aspek kesahan dan kebolehpercayaan data dibuat melalui proses triangulasi, tempoh pemerhatian yang lama, persetujuan peserta kajian, penelitian rakan sebaya, dan bias pengkaji,  kedudukan pengkaji, pengesahan pakar dan pencapaian penilaian pakar melalui  Cohen Kappa. Dalam menjana tema dan sub-tema data dianalisis dengan bantuan perisian Atlas.ti 7.5.9. Secara keseluruhannya, pelaksanaan SBAfL bukan sahaja memberi pengaruh dari segi pedagogi guru pendidikan Islam malahan dari segi sikap dan penerimaan guru terhadap perubahan dan pembaikan dalam amalan pentaksiran di bilik darjah. Guru pendidikan Islam dalam kajian ini menerima dan dapat mengaplikasikan pembaharuan dalam pelaksanaan SBAfL mata pelajaran pendidikan Islam.

Keywords


Pengaruh; Pentaksiran Kendalian Sekolah; gaya pengajaran; guru; Pendidikan Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia