Metode Bacaan al-Quran al-Mujawwad Qari-Qari Mesir

Wan Hilmi Wan Abdullah, Hamdi Ishak

Abstract


Mesir merupakan negara yang terkenal dengan qari-qari al-Quran di seluruh dunia bukan sahaja negara Islam bahkan negara Barat. Kemunculan mereka begitu ramai dan dapat dilihat pada hari Jumaat dengan kemeriahan lantunan bacaan al-Quran di setiap pelosok kawasan. Kehebatan dan kekuatan seni bacaan mujawwad qari-qari Mesir terletak pada setiap individu dengan kemahiran dan teknik yang pelbagai sehingga menarik minat orang yang mendengar dan memberi kesan kepada qari-qari lain untuk meniru bacaan tersebut. Objektif kajian ini menjelaskan metode utama bacaan qari-qari Mesir khususnya dalam seni. Qari-qari terkenal dan berpengaruh di Mesir menjadi koordinat penting kepada metodologi asas penentuan komponen bacaan yang terkenal dengan bacaan ala Misri. Metodologi kajian ini adalah reka bentuk kualitatif. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur. Analisa data dilakukan secara analisis kandungan melalui perisian NVIVO 12. Hasil kajian menemukan sembilan belas (19) metode utama bacaan iaitu [1] hukm al-tilawah,[2]‘ilm al-naghamat wa al-maqamat,[3] hifz al-Quran, [4] husn al-ada’, [5] husn al-sawt,[6] usul al-qira’at, [7] ma’ani al-Quran, [8] ‘ilm al-sawt, [9] ‘ilm al-waqf wa al-ibtida’, [10] al-tilawah al-muhaqqaqah, [11] al-jumlah al-lahniyyah, [12] fasahah al-tilawah, [13] madrasah al-shuyukh, [14] al-lahjah al-misriyyah, [15] al-fann al-rafi’, [16] al-tanawwu’ al-adai, [17] al-tilawah al-ihsasiyyah, [18] dirasah al-daqiqah dan [19] qit’ah al-ayah. Implikasi kajian ini adalah metode bacaan ini menjadi panduan utama bagi qari-qari al-Quran untuk mempraktikkan dan mengamalkan gaya bacaan Misri.

Keywords


Qari Mesir; tarannum; mujawwad tilawah; Egypt; seni

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia