Falasi dalam Pendalilan Hadith (Istidlal al-Hadith)

Mohd Farhan Md Ariffin, Ibrahim Adham Mohd Rokhibi, Najah Nadiah Amran, Mohd Nazri Ahmad, Fadlan Mohd Othman

Abstract


Mengambil pendalilan daripada hadith tanpa metodologi tepat akan melahirkan naratif salah terhadap Islam seperti ideologi radikal, takfir, tabdi‘ dan ekstremisme. Pada masa kini, terdapat kelompok-kelompok yang menggunakan dalil hadith jauh di luar konteks sebenar. Penyalahgunaan ini berupaya memudaratkan akidah dan mengelirukan kefahaman masyarakat awam. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan penyelewengan pendalilan hadith yang berlaku pada zaman silam dan kontemporari dengan mengenalpasti isu dan keberadaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang akan mengumpulkan semua kaedah pendalilan hadith salah daripada rujukan-rujukan kitab hadith, sharh al-Hadith, manhaj istidlal dan qawaʻid hadithiyyah dalam disiplin ilmu hadith. Data dianalisis secara tematik dan deskriptif. Impak kajian ini berguna dalam menghuraikan kepincangan dalam konteks pendalilan hadith dan berguna menjadi rujukan kepada pelajar jurusan hadith dan pihak-pihak berkepentingan.

Keywords


Istidlal al-Hadith; ambilan dalil, kaedah pendalilan; fahaman menyeleweng; punca

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia