Analisis Kritikan ‘Azwu Karya al-Munabbihat kepada Ibn Hajar al-‘Asqalani

Mohd Nor Adzhar Ibrahim, Mohammad Naqib Hamdan, Mohd Khairulnazrin Mohd Nasir, Muhammad Sobri Faisal

Abstract


Ibn Hajar al-‘Asqalani merupakan seorang tokoh agung dalam bidang hadis. Ketokohan beliau dapat dilihat melalui penghasilan 273 buah karya dalam pelbagai disiplin. Satu karya yang masyhur dan disandarkan penulisannya kepada beliau adalah al-Munabbihat ‘ala al-Isti‘dad li Yawm al-Ma‘ad. Walau bagaimanapun, sandaran karya ini kepada beliau mula dipertikaikan oleh para pengkaji hadis kontemporari apabila kesukaran menjalankan proses takhrij terhadap pelbagai hadis yang dimuatkan dalam karya ini sehingga menyebabkan sumber dan statusnya diragui. Hal ini tidak mencerminkan ketokohan Ibn Hajar al-‘Asqalani yang digelar sebagai Amir al-Mu’minin dalam bidang hadis. Oleh itu, kajian ini ditulis untuk menilai semula keabsahan sandaran kitab al-Munabbihat ‘ala al-Isti‘dad li Yawm al-Ma‘ad kepada Ibn Hajar al-‘Asqalani. Kaedah kajian kepustakaan berdasarkan kajian kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan dan perbandingan dengan karya beliau yang lain digunakan sepenuhnya dalam proses pengumpulan dan penganalisisan data. Hasil kajian mendapati karya ini bukanlah hasil penulisan Ibn Hajar al-‘Asqalani dan sandarannya kepada beliau sejak 132 tahun lalu adalah tidak tepat. Justeru, karya ini tidak wajar terus disandarkan kepada beliau walaupun dilakukan ramai pihak pada hari ini kerana sandaran ini akan mencalarkan reputasi beliau sebagai tokoh agung dalam bidang hadis.

Keywords


Ibn Hajar al-‘Asqalani; kajian manuskrip; metode ahli hadis; al-Isti‘dad li Yawm al-Ma‘ad; penyandaran palsu

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia