Akhlak Guru Muslim: Antara Realiti dan Ideal

Zurina Zakaria, Ashraf Ismail

Abstract


Guru memainkan peranan utama dalam pembentukan akhlak pelajar selain ibu bapa. Akhlak guru perlu mengikut syariat Islam dalam semua aspek dan menonjolkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap sebelum mendidik para pelajar menjadi insan yang sempurna. Kertas konsep ini bertujuan mengkaji akhlak yang harus ada pada setiap guru Muslim untuk cemerlang sebagai pendidik. Kaedah penyelidikan kualitatif melalui reka bentuk kajian analisis kandungan digunakan. Data yang dikumpul daripada bahan seperti buku, artikel dalam jurnal, prosiding, tesis dan disertasi dianalisis secara deskriptif. Kajian ini membincangkan tentang akhlak guru yang telah didokumentasikan oleh para sarjana Islam. Walaupun kajian secara mendalam belum dilaksanakan lagi, namun hasil daripada penulisan terdahulu mendapati bahawa akhlak guru Muslim yang berkesan boleh diambil perhatian. Akhlak guru Muslim daripada pandangan para sarjana Islam seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi, Imam al-Ajurri, Imam al-Mawardi dan Imam al- Nahlawi dapat dirumuskan kepada enam elemen utama iaitu: keimanan yang mantap, berakhlak baik, berkemahiran dalam pengajaran, sentiasa menasihati, memiliki ilmu psikologi seorang guru, berilmu dan beramal dengan ilmunya. Setiap guru Muslim khususnya dan organisasi pendidikan umumnya harus mengambil berat tentang akhlak guru dan membuat tindakan yang sewajarnya supaya dapat meningkatkan kualiti para guru di Malaysia

Keywords


Keperibadian Muslim; akhlak; guru Muslim; sarjana Islam; kualiti guru

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia