Parameter Penulisan Wasatiyyah Pendakwah untuk Menangani Ekstremis Melayu Muslim Menerusi Media Sosial

Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Nur Nazira Rahim, Khazri Osman, Rosmawati Mohamad Rasit

Abstract


Fenomena ekstremisme agama bukanlah perkara baru dalam kehidupan manusia. Perkembangan teknologi dalam dunia kini secara tidak langsung cuba menjejaskan kehidupan orang Melayu Islam khususnya dalam penulisan di media sosial. Kumpulan ekstremis menjadikan media sosial sebagai salah satu platform untuk menyebarkan ideologi mereka. Medium tanpa sempadan ini menyebabkan kumpulan pelampau menyebarkan maklumat secara bebas dan mudah sehingga menyebabkan masyarakat Melayu Islam terpedaya dengan fahaman ekstrem. Pelbagai tulisan yang berbentuk ekstremis dan longgar bertebaran dalam masyarakat seperti tulisan yang mengelirukan tanpa ada sandaran rujukan, berita yang dipenuhi dengan fitnah, berita yang tidak benar, tulisan yang memburukkan ulama silam dan tulisan yang meragui kesahihannya tanpa menggunakan kaedah yang betul. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji parameter penulisan pendakwah wasatiyyah dalam menangani pelampau Melayu Islam. Kajian ini diperoleh menggunakan metodologi kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual dengan 4 orang informan dan melalui perbincangan meja bulat yang terdiri daripada 5 orang panel. Pemilihan informan ditentukan secara persampelan bertujuan. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian ini mendapati bahawa antara parameter pemikiran wasatiyyah pendakwah dalam menangani pelampau Melayu Islam ialah pembuktian kaedah (manhaj) pembuktian yang sah dan tepat menurut ahli sunnah wal jamaah, sumber rujukan yang muktabar dan mengiktiraf kesarjanaan keilmuan silam. Implikasi daripada ukuran ini boleh dijadikan panduan kepada pendakwah dalam menangani golongan ekstremis Melayu Islam.

Keywords


Parameter; penulisan; Wasatiyyah pendakwah; ekstrem; melayu muslim

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia