Konsep Rayuan Kes Dalam Kehakiman Islam

Mohd Afizul Hakim Ibakarim, Mohd Al Adib Samuri, Noor Aziah Mohd Awal

Abstract


Mahkamah syariah di Malaysia memberikan peluang terhadap pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah rendah membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Namun, persoalan sejauh mana rayuan mempunyai asas dalam sistem kehakiman Islam adalah suatu yang wajar untuk dibincangkan. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membahaskan tentang konsep rayuan menurut hukum syarak, menganalisa petikan kes-kes rayuan yang terdapat dalam sumber hukum dan pandangan fuqaha terhadap rayuan dalam kehakiman Islam. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen yang dibuat secara deskriptif. Kajian mendapati perbahasan rayuan oleh fuqaha klasik sangat terhad dan hanya merujuk kepada keputusan yang bercanggah dengan hukum syarak dan pembetulan dibuat oleh hakim kedua. Amalan rayuan di mahkamah syariah pada masa kini telah mengadaptasi prosedur di mahkamah sivil yang membolehkan pihak yang terkilan memfailkan rayuan walaupun keputusan itu tidak bercanggah dengan hukum syarak. Kajian ini penting dalam menunjukkan evolusi sistem kehakiman Islam dalam menegakkan keadilan kepada pihak-pihak yang bertikai.

Keywords


Rayuan; Mahkamah Syariah; Hukum Syarak; Kes-Kes Rayuan; Fuqaha

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia