Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Tangkapan dan Tahanan Individu Autisme untuk Pegawai Penguatkuasa Agama

Zuliza Mohd Kusrin, Wafaa’ Yusof, Roseliza-Murni AbRahman, Zaini Nasohah, Zahidah Dahalan

Abstract


Individu autisme mengalami kecelaruan perkembangan-neuro dan menyebabkan kekurangan dari segi kemahiran sosial dan imaginasi. Situasi ini menjadikan mereka terdedah dan agak cenderung melanggar undang-undang rentetan sifat perilaku tersendiri mereka yang defisit pergaulan sosial, obsesi kepada rutin harian dan kurang empati. Peningkatan pendiagnosan individu autisme di Malaysia menyebabkan wujudnya keperluan bagi mengadakan SOP Khas tangkapan dan tahanan individu autisme. Satu Prosedur Operasi Standard (SOP) Autisme Khas Polis telah berjaya dibentuk dan dikuatkuasakan bagi menjamin hak dan keadilan individu autisme bagi kesalahan jenayah sivil. Namun, SOP sedemikian masih belum wujud bagi kesalahan jenayah syariah di negeri-negeri di Malaysia. Artikel ini bertujuan menganalisis keperluan mewujudkan SOP Khas Autisme untuk penguat kuasa agama negeri-negeri di Malaysia. Objektif kajian membincangkan perilaku tersendiri individu autisme yang mendorong mereka melanggar undang-undang dan perkaitannya dengan kesalahan jenayah syariah serta persepsi para pengamal perundangan Islam, pelatih kepada individu autisme dan pakar perubatan autisme tentang keperluan mewujudkan SOP Khas Autisme untuk penguat kuasa agama. Metodologi kajian ialah analisis kandungan dan temu bual kumpulan fokus serta perbincangan meja bulat bersama informan berkaitan iaitu 3 orang hakim syarie, 2 orang pegawai penguat kuasa agama, 9 orang guru pendidikan khas serta 2 orang pakar autisme. Data terkumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati  sebahagian perilaku individu autisme seperti menyentuh dengan tidak sopan, masturbasi secara terbuka, membuka baju, terkandung dalam kategori perbuatan tidak sopan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah namun tiada peruntukan undang-undang khusus untuk PPA mengendalikan tangkapan dan tahanan individu autisme yang disyaki melanggar undang-undang tersebut. Tambahan lagi PPA perlu kepada SOP terpandu dalam melaksanakan tugasnya terhadap individu autisme menyebabkan keperluan dibangunkan  SOP khusus untuk PPA bagi mengelakkan diskriminasi dan layanan yang lebih adil kepada individu autisme.

Keywords


autism; criminal; Shariah; SOP for Arrest and Detention; Religious Enforcement Officers

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia