Penggunaan Model Pengajaran Al-Ghazālī Dalam Konteks Pengajaran Berfikir Kritis

Nursafra Mohd Zhaffar, Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman, Mohd Haidhar Kamarzaman

Abstract


Konsep pemikiran kritis yang berkembang pada hari ini banyak dicorakkan oleh pandangan alam Barat. Justeru, terdapat keperluan untuk menggunakan Model Pengajaran al-Ghazālī dalam konteks pengajaran berfikir kritis Pendidikan Islam (PI). Model ini berasal dari kupasan Imām al-Ghazālī dalam Kitab Iḥyā’ ᶜUlūm al-Dīn dalam bab Ilmu Pengetahuan. Ianya dibina dan diolah sendiri oleh pengkaji berasaskan kepada penelitian terhadap keseluruhan karya tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneroka secara mendalam penerapan pemikiran kritis khusus dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam menggunakan Model Pengajaran al-Ghazālī. Pendekatan kualitatif iaitu kajian kes digunakan dengan penglibatan seramai enam orang guru pakar PI di sekolah menengah. Data dikumpul selama satu tahun menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Terdapat tujuh tema utama pengajaran berfikir kritis yang diamalkan oleh peserta kajian iaitu a) Guru yang kritis; b) Penguasaan ilmu; c) Matlamat pengajaran; d) Strategi memberi maklum balas; e) Hubungan guru-murid; f) Komuniti berfikir; dan g) Pengalaman guru menulis dan berceramah. Kajian ini menunjukkan bahawa Model Pengajaran al-Ghazālī boleh diaplikasi dalam konteks pengajaran berfikir kritis mengikut acuan epistemologi Islam yang holistik. Berdasarkan kajian, model ini boleh diperluaskan dengan menambah elemen persekitaran sebagai faktor penyumbang kepada guru bagi menjayakan pengajaran yang bercorak kritis.


Keywords


Model Pengajaran al-Ghazālī; pengajaran berfikir kritis; Pendidikan Islam.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia